Kelab Bola Sepak PDRM (PDRM FC) semalam telah merasmikan fasiliti baharu di Pusat Latihan Polis Kuala Lumpur (PULAPOL KL) untuk kegunaan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia.

Majlis Perasmian disempurnakan oleh Timbalan Ketua Polis Negara merangkap Presiden PDRM FA, Dato’ Sri Seri Acryl Sani bin Haji Abdullah Sani.

Menurut kenyataan rasmi, fasiliti baharu PDRM FC termasuklah pejabat pentadbiran, bilik persalinan pemain, ruang studio, bilik VIP, bilik fisioterapi dan bilik mesyuarat yang mana ianya bersebelahan padang latihan utama di PULAPOL.

170077227_146124467426247_7283387058201039370_n
FOTO: PDRM FC

“Sebelum ini kami beroperasi dari kabin mudah alih di padang. Oleh itu, kami sangat bersyukur kepada Top Glove sebagai penaja utama kami dan Blackbixon, redONE, Oren Sport, Cisco Security, Biolux serta Hertz untuk semua sumbangan mereka,” kata Ketua Pegawai Eksekutif kelab, ASP Mohamad Hafiz bin Zainal Abidin.

Usaha PDRM FC naik taraf fasiliti di pusat latihan sangat terpuji kerana ianya penting untuk para pemain dan jurulatih bekerja sebagai satu pasukan. Disinilah tempatnya untuk mereka memastikan kecergasan pada tahap penuh, menajamkan skil-skil dalam permainan dan menerapkan taktikal serta formasi baharu.

Malah, terdapat juga Kedai Cederamata untuk memudahkan para peminat membeli barangan rasmi PDRM FC seperti jersi, payung, beg dan sebagainya. Bagi yang tinggal di luar Kuala Lumpur, mereka juga boleh mendapatkannya secara ‘online’ melalui laman web shopee. 

169814087_146124264092934_8342523733937988780_n

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak tempatan melalui pautan dibawah.

Kem Perak Masih ‘Aman’, Tiada Pemain Tinggalkan Pasukan

DrShah Hair Clinic Jadi Rakan Penaja Baharu Terengganu FC

Licin! Tiket Perlawanan Penang Menentang Sabah Sudah Habis Dijual

3 Bulan Tidak Dibayar Gaji, Pemain Sabah Boikot Sesi Latihan

UiTM FC Rehatkan Frank Bernhardt Menjelang Aksi Menentang Melaka United

Khalid Ali: Selangor Patutnya Hampir Dengan JDT, Bukan Tangga Ketujuh