Lim Teong Kim menegaskan bahawa pasukan Perak mesti memanggil bomoh dari Indonesia untuk membantu mereka di hadapan gol.
Baca Juga:
- Perak vs Kedah: Sang Kenari Raih Kemenangan Selesa
- Lim Teong Kim Janji Tak Akan Hampakan Penyokong Perak
- Jersi Perak FC 2023 Dilengkapi QR Code Untuk Daftar Sebagai Pemilik
Pengendali pasukan Perak, Lim Teong Kim masih belum menikmati kemenangan dalam 2 penampilannya sebagai jurulatih pada aksi Liga Super Malaysia.
Selepas ditewaskan Kedah dalam perlawanan pertama beberapa hari lalu, skuad Perak kemudian terikat pula tanpa jaringan dengan PDRM FC.
Perkara itu membuatkan Lim Teong Kim geram dan mahu memanggil bomoh dari Indonesia.
Menurut Lim Teong Kim, dia berpuas hati dengan corak permainan pasukannya namun kecewa dengan keputusan yang mereka capai.
Bercakap kepada wartawan selepas tamat perlawanan, pengendali Perak itu berkata:
“Mereka [pemain pemain] tidak jaringkan gol, itu sahaja. Peluang sudah ada, bukannya tidak ada. Peluang sudah pun dicipta.”
“Peluang sudah ada di sana. Terpulang kepada individulah [untuk menyudahkannya].”
Ditanya sama ada pasukan Perak ada masalah dengan keserasian antara pemain, Lim Teong Kim menafikannya kerana menurutnya pasukan mereka cuma bermasalah dari segi penyudah.
Selain daripada itu, Lim Teong Kim menghargai usaha dan kesungguhan pemain pemain Perak dalam perlawanan tersebut.
“Saya cuma kecewa dengan keputusan saja.”
“Selain daripada itu, semua pemain sudah memberika yang terbaik.”
Ditanya apakah cara yang akan dilakukan untuk memastikan Perak mendapatkan kemenangan, Lim Teong Kim berkata, mereka harus memanggil bomoh dari Indonesia untuk membantu.
“Kita mesti panggil bomoh dari Indonesia” tegas beliau. Yang disambut dengan ketawa kecil oleh wartawan.
"Kita mesti panggil bomoh dari Indonesia" 😳
Nampaknya pelan sudah ada untuk perlawanan seterusnya#PDRMPRK #DemiLigaKita pic.twitter.com/gvBZLJIkUE
— ASTRO ARENA (@ASTROARENA) February 28, 2023
Adakah Perak akan berjaya memperbaiki penyudah mereka selepas ini?