Bekas pengarah Program Pembangunan Bola Sepak Negara (NFDP), Lim Teong Kim membidas pihak yang mengkritik program tersebut dengan mengatakan mereka tidak memahami sistem pembangunan bola sepak di Malaysia.
Memetik dari perkongsian Football Tribe, Teong Kim memberi respon terhadap komen yang diberikan oleh Presiden Persatuan Jurulatih Bolasepak Malaysia (PJBM), B.Satiananthan yang mempersoalkan sumbangan NFDP terhadap pembangunan bola sepak tanah air.
“Semasa saya di NFDP pada 2014, kita mula membentuk satu kelompok pemain. Satu tahun kemudian, kita ada Pusat Latihan Daerah (PLD), diikuti dengan Sekolah Sukan Negeri (SSN).
“Negeri-negeri banyak membantu pembangunan akar umbi, baik dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Manakala pasukan elit dan yang cukup tersusun berpusat di Gambang.
“Liga-liga negeri berjalan seperti biasa, itu paling penting. Tiap-tiap minggu ada perlawanan dari peringkat usia 6 hingga 12 tahun yang bermain dalam liga yang diuruskan oleh NFDP, manakala usia 13 hingga 17 tahun SSN dan PLD bermain dalam liga Kementerian Pendidikan, manakala AMD bermain dalam Piala Belia yang dianjurkan oleh FAM.”
“Jadi, dia sebenarnya tidak faham dengan sistem pembangunan bola sepak negara. Ini bukan salah faham, tapi ini bodoh sombong. Apa yang dikritik, inilah salah satu daripadanya.
“Kita ada akademi tunas, kita ada AMD, setiap umur pemain ada liga, kita ada struktur pembangunan dan kita juga bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan. Ini semua hanya alasan, bukan tak ada buku boleh baca, boleh belajar.
“Saya tak perlukan publisiti, tapi bila ada yang berikan maklumat salah kepada peminat mengenai NFDP, ini tidak wajar,” katanya.
Lim Teong Kim turut mempersoalkan kenapa Satia mahu menggunakan kaedah lama bagi program pembangunan akar umbi di setiap negeri bagi menggantikan kaedah sedia ada.
“Zaman dahulu itu, beritahu saya, apa yang mereka dah menang? Kalau tak menang, apa yang kamu nak banggakan?
“Saya tidak mahu menghina mana-mana pihak, tetapi ini adalah fakta. Sesiapa yang main dengan skuad kebangsaan, perlu ada keistimewaannya,” tambahnya.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan Liga Malaysia di sini:
B.Satiananthan Persoal Sumbangan NFDP Kepada Pembangunan Bola Sepak Negara
Baddrol Sifatkan Perjalanan Ke Peringkat Suku Akhir Belum Selamat
Kelab Jepun Dan Korea Selatan Berminat Dapatkan Khidmat Ryuji Utomo