Kelab yang beraksi dalam saingan J. League dan K League dilaporkan berminat untuk mendapatkan khidmat pemain pertahanan skuad kebangsaan Indonesia, Ryuji Utomo.
Perkara ini dikongsikan oleh Asia Football di laman media sosial Twitter dimana Ryuji bakal kembali ke pangkuan Persija Jakarta apabila tempoh pinjaman beliau bersama Penang tamat pada hujung musim ini.
According to Indonesian media, several clubs from the K-League and J-League are interested in signing Indonesian national team centre-back Ryuji Utomo (26). pic.twitter.com/zQZ8WhlQaM
— Asian Football (@AsianFootballs) October 25, 2021
Pemain berusia 26 tahun ini menjadi salah satu pemain penting Penang dalam kempen mereka di saingan Liga Super dimana skuad kendalian Tomas Trucha itu menamatkan saingan musim 2021 di tangga ketiga.
Ejen Ryuji Utomo, Gabriel Budi menegaskan Penang menyuarakan hasrat mereka berminat meneruskan kerjasama bersama pemenang pingat gangsa Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 itu.
“Untuk saat ini Ryuji menjadi pemain penting Penang dan pasukan itu berhasrat untuk meneruskan kerjasama bersama Ryuji. Selain itu, prestasi baik yang ditampilkan juga berjaya menarik minat kelab dari Korea dan Jepun,” kata Gabriel.
“Kami menghormati kontrak beliau bersama Persija sehingga tahun 2022. Saat ini fokus Ryuji ialah membantu Penang dalam saingan Piala Malaysia. Jendela perpindahan adalah satu perkara yang dinamik. Kita akan lihat bagaimana.
Kontrak pinjaman Ryuji bersama Penang dijangka tamat pada November ini dan beliau akan kembali menyertai Persija apabila saingan Liga 1 Indonesia membuka jendela perpindahan kedua.
Persija meminjamkan Ryuji ke kelab luar negara bagi memastikan pemain itu berada dalam keadaan terbaik apabila Liga 1 rasmi dijalankan kerana pemain berusia 26 tahun itu merupakan tonggak utama di bahagian pertahanan.
Ryuji mencipta gandingan mantap bersama seorang lagi pemain import, Rafael Vitor di bahagian pertahanan dan keduanya menjadi salah satu faktor utama mengapa Penang mampu beraksi dengan baik dalam saingan Liga Super musim ini.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan bola sepak Asia di sini:
Kelayakan Piala Asia B-23: Thanawat Suengchitthawon Akui Keadaan Padang Tiruan Menyusahkan Thailand
Stadium Nasional Dan Stadium Bishan Dipilih Sebagai Venue Rasmi Piala Suzuki AFF 2020
VFF Lancarkan Projek Menghantar Pemain Muda Berlatih Di Jerman, Sasar Layak Ke Piala Dunia 2030