Skuad Harimau Malaya dikhabarkan tidak akan bermain di atas padang rumput tiruan sepanjang saingan Piala Suzuki AFF 2020 berlangsung pada bulan Disember 2021 di Singapura.
Menurut laporan daripada dua media Vietnam, The Thao 247 dan Bongda plus, Stadium Nasional Singapura dan Stadium Bishan dipilih sebagai venue rasmi semua perlawanan kumpulan A dan B.
Kedua-dua stadium ini menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia yang akan membantu setiap pasukan mempamerkan corak permainan berkualiti berbanding Stadium Jalan Besar yang mempunyai rumput sintetik bertaraf FIFA.
Stadium Nasional akan menjadi tuan rumah untuk kumpulan A yang dihuni oleh Singapura, Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang play-off antara Brunei atau Kemboja.
Manakala Stadium Bishan jadi venue untuk perlawanan kumpulan B membabitkan pasukan Vietnam, Malaysia, Indonesia, Kemboja dan Laos.
“Stadium Nasional telah menggunakan rumput jenis Zeon Zoysia dan kualitinya sangat baik. Manakala, Stadium Bishan kemungkinan akan mengalami proses penukaran rumputnya,” tulis Bongda Plus.
#News | 🏟 The Asean Football Federation(AFF) and Football Association of Singapore 🇸🇬 (FAS) has selected 2 stadium for AFF Suzuki Cup 2020 including its 55,000-seat Singapore National stadium, and over-6,000-seat Bishan stadium.
The surface of both stadiums is natural grass. pic.twitter.com/EA95b6aYdc
— ASEAN FOOTBALL (@theaseanball) October 23, 2021
Mengambil kira situasi semasa wabak COVID-19, semua perlawanan Piala Suzuki AFF 2020 ini dijalankan di venue berpusat, berbeza dengan format terdahulu pada edisi 2018 bagi mengurangkan tempoh perjalanan antara negara.
Singapura telah dipilih sebagai tuan rumah kerana memenuhi semua kriteria yang ditetapkan oleh AFF dari segi sokongan kerajaan, kewangan, keselamatan, fasiliti perubatan, penyediaan penginapan dan kemudahan sukan.
Dua pasukan teratas dalam kumpulan akan mara ke separuh akhir dan seterusnya berentap di perlawanan akhir untuk merebut gelaran ‘Raja Asia Tenggara’.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.
TERKINI: Mano Polking Diumumkan Sebagai Ketua Jurulatih Baharu Thailand
Piala Suzuki AFF: Diundi Dalam Kumpulan ‘Neraka’, PSSI Yakin Indonesia Ke Separuh Akhir
Park Hang-seo Anggap Undian Piala AFF Biasa Saja, Tiada Yang Istimewa
Fandi Ahmad Sifatkan Malaysia Bertuah Miliki Luqman Hakim Dan Arif Aiman