Beberapa hari lalu, Federasi Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) mengesahkan saingan Piala AFF Suzuki edisi 2020 (AFF Cup) yang ditunda ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19) akan berlangsung pada pertengahan tahun hadapan, lebih tepatnya pada 11 April hingga 8 Mei.

Saingan Piala AFF sepatutnya berlangsung pada hujung tahun ini namun situasi semasa pandemik COVID-19 di beberapa negara Asia Tenggara masih belum surut.

Jadual baharu perlawanan tersebut sudah pun diedarkan kepada semua badan induk dan turut disambut baik oleh Persatuan Sepak Bola Seluruh Indonesia (PSSI) kerana ia merupakan peluang keemasan untuk mereka membentuk pasukan yang kuat.

Malah, Ketum PSSI (Ketua Umum), Mochamad Iriawan kali ini mahu melihat Indonesia jadi juara AFF Cup 2020 dan meletak harapan tinggi kepada Shin Tae-yong untuk memilih barisan yang terbaik.

“Dengan ini kami akan menyiapkan pasukan sebaik mungkin, apalagi kami memberikan sasaran kepada jurulatih, Shin Tae-yong agar skuad kebangsaan Indonesia menjadi juara di kejohanan tersebut,” kata Mochamad Iriawan di laman web rasmi PSSI.

AFFCup

Sementara itu, PSSI juga masih menunggu jadual Kelayakan Piala Dunia 2022, AFC B-19 dan AFC B-16. Ketiga-tiga kejohanan itu turut menjadi tugasan penting skuad kebangsaan Indonesia.

“Kami juga masih menunggu jadual terbaru untuk baki pertandingan kelayakan Piala Dunia 2022, AFC B-19 di Uzbekistan dan AFC B-16 di Bahrain yang difahamkan akan berlangsung sekitar awal tahun 2021.

“Kami berharap pemain tetap semangat dan berlatih keras untuk memberikan yang terbaik untuk pasukan Indonesia,”tambahnya.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah.

BG Pathum United Kekal Rekod Tanpa Kalah, Momentum Padu Kejar Slot AFC Champions League 2021

Dominic Tan Terus Dapat Kepercayaan Barisi Kesebelasan Utama Police Tero

Al Hilal Disingkirkan Dari Saingan ACL Selepas Senaraikan Hanya 11 Pemain Dalam “Matchday Squad”