Pemain pertahanan negara, Dominic Tan terus mendapat kepercayaan ketua jurulatih Police Tero, Rangsan Viwatchaichok untuk mengisi benteng pertahanan dalam kesebelasan utama pasukan.
Sejak saingan Thai League 1 kembali disambung setelah berehat selama lima bulan ekoran penularan wabak Coronavirus (COVID-19), Dominic terlibat dalam tiga perlawanan yang dihadapi Police setakat ini.
Starting Line Up
๐Police Tero FC ๐ @ChonFCOfficial ๐ฆ pic.twitter.com/j7FdHX1tG0
— ThaiLeague (@thaileague) September 26, 2020
Pemain berusia 23 tahun itu masuk sebagai pemain gantian pada perlawanan menentang Port FC yang menyaksikan Police menang dengan keputusan 2-0. Bekas ketua pasukan skuad B-23 tahun negara itu kemudiannya diturunkan dalam kesebelasan utama pada perlawanan menentang Ratchaburi Mitr Phol FC dan Chonburi FC.
Police meraih keputusan seri 1-1 ketika bertemu Ratchaburi dan tewas dengan keputusan 2-1 ketika berdepan dengan Chonburi pada minggu lalu.
Rentak semasa Dominic ini dilihat satu perkara yang positif dimana beliau secara konsisten mendapat minit bermain sekaligus membantu dalam meningkatkan kualiti serta prestasi pemain tersebut.
Pada perlawanan Thai League 1 seterusnya, Police Tero akan berdepan Sukhothai di laman lawan. The Silver Shields Dragons wajib meraih kemenangan sekiranya mahu memperbaiki kedudukan dalam carta liga. Ketika ini, Police menghuni tangga ke-10, mengutip 10 mata selepas enam perlawanan.
Baca artikel lain mengenai Police Tero FC dan Dominic Tan di sini:
Jurulatih Police Tero Sudah Tidak Sabar Untuk Turunkan Mohamadou Sumareh
Pengendali Police Tero Belum Pasti Bila Mohamadou Sumareh Akan Sertai Pasukan
RASMI: Mohamadou Sumareh Diumumkan Sebagai Pemain Baru Police Tero FC