Kelab Police Tero FC secara rasmi mengumumkan Mohamadou Sumareh sebagai pemain baru mereka sebentar tadi, untuk mengharungi saingan Thai League musim 2020/21 yang akan bersambung semula beberapa hari lagi.
Sumareh sebelum ini dikaitkan dengan tindakan mengaktifkan klausa 8.7 yang mengakibatkan kontrak beliau bersama Pahang telah terbatal selepas pasukan tersebut dikatakan gagal membayar gaji mengikut perjanjian ditetapkan kedua-dua pihak.
Dengan penyertaan Sumareh, kelab Police Tero FC kini mempunyai 2 orang pemain dari Malaysia – seorang lagi Dominic Tan, dan menjadikan keseluruhannya 3 orang pemain dalam saingan Thai League 1 musim ini apabila Mat Yo juga beraksi dengan kelab BG Pathum United.
Ini adalah perkembangan yang amat menarik kerana kita kini mempunyai pemain yang sedang menimba pengalaman dalam liga diluar negara seterusnya diharapkan mampu untuk memberikan aksi yang lebih sempurna ketika turun bersama skuad kebangsaan Malaysia nanti.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Video Ini Isyarat Jelas Mohamadou Sumareh Ke Police Tero FC ‘Done Deal’?
Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk