Aksi Mohamadou Sumareh yang dinantikan oleh ramai peminat bola sepak Malaysia untuk turun melakukan debut dalam saingan Thai League akhirnya menjadi kenyataan ketika perlawanan kelab Police Tero FC berdepan Suphanburi FC semalam.
Sumareh masuk menggantikan pemain pertahanan kiri, Sanchai Nontasila pada minit ke-71, ketika Police Tero sudah pun ketinggalan 4 gol dalam perlawanan yang berlangsung dalam hujan yang lebat itu.
Mohamadou Sumareh makes his debut with Police Tero.#ThaiLeague pic.twitter.com/7pTUx7IKCA
— 1 Play Sports (@1playsports) October 30, 2020
Walaubagaimanapun, aksi Sumareh dalam keadaan padang yang becak itu tidak menghampakan secara keseluruhannya apabila banyak gerakan beliau berjaya mengucar kacirkan pertahanan pihak lawan serta menghasilkan beberapa peluang untuk menjaringkan gol
Seperti yang disebut oleh pengulas perlawanan itu semalam, beliau turut yakin bahawa dengan aksi sekitar 20 minit semalam telah berjaya membuktikan bahawa Sumareh sudah bersedia untuk berada dalam kesebelasan utama pasukan Police Tero FC untuk perlawanan seterusnya.
Masuk Sumareh terus jadi liar attacking team Police Tero. https://t.co/AqU2pkzCtq
— azry (@azrysyamil_) October 30, 2020
Komen-komen dari peminat Malaysia yang menyaksikan perlawanan itu juga tidak kurang menarik kerana jelas kemasukan Sumareh banyak memberikan impak terutama disebelah kiri gol pasukan Suphanburi.
“Masuk Sumareh, terus jadi liar attacking pasukan Police Tero FC.”
Dengan keputusan kalah 0-5 itu, kini Police Tero FC menghuni tangga ke-9 Thai League 1 dengan kutipan 15 mata dari 11 perlawanan setakat ini.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Camilo Sanvezzo Catat Hatrik Bertemu Atletico San Luis, Momentum Padu Sebelum Ke Liga Malaysia?