Pemain naturalisasi skuad kebangsaan, Mohamadou Sumareh dilaporkan bakal menyertai skuad Lang Merah bagi memperkuat jentera serangan hadapi Liga Malaysia dan Piala AFC musim ini.
Menurut khabar angin yang berlegar di media sosial dan aplikasi whatsapp, Kelab Bola Sepak Kedah Darul Aman (KDA FC) dikatakan telah menandatangani Sumareh dan Liridon Krasniqi secara pinjaman selama 1 tahun dari Johor Darul Ta’zim (JDT).
Sumareh akan dipinjamkan ke Kedah FC?
KDH FC ➡️ JDT FC pic.twitter.com/KmVxgC9tnX
— Transfermarkt MY (@TMmy_news) January 6, 2021
Bulan lalu, sumber terdekat Lang Merah dalam satu kenyataan di Berita Harian turut mengakui KDA FC ada berunding untuk mendapatkan khidmat pemain tersebut sekaligus menguatkan lagi khabar angin mengenai perpindahan sumareh ke pasukan tersebut.
“Kedah kini sedang merisik Sumareh sebagai persiapan untuk musim depan dan tidak mustahil jika dia dapat beraksi bersama Kedah, namun buat masa ini, masih di peringkat merisik.
“Bagaimanapun, bukan sahaja Kedah, tetapi beberapa kelab lain Liga M juga sedang berusaha keras bagi mendapatkan khidmat Sumareh selepas dia belum diikat oleh mana-mana pasukan,” katanya.
Presiden Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA), Muhammad Sanusi Md Nor dalam satu kenyataan media minggu lalu turut memberi bayangan skuad KDA FC musim 2020 jauh lebih mantap dan mampu menjadi antara pasukan terbaik di negara.
Beliau turut mengesahkan barisan pemain Kedah untuk saingan Liga Malaysia 2021 akan diumumkan selepas 20 Januari 2021. Adakah Sumareh dan Liridon berada dalam senarai pemain baharu tersebut?
Sama-sama kita nantikan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan skuad Kedah melalui pautan dibawah.
Sanusi Jamin Kedah Akan Jadi Pasukan Paling Mantap Dalam Liga Malaysia Musim Depan
Kedah Darul Aman FC Keluarkan Kenyataan Rasmi Berkaitan Isu Pemilihan Logo Baharu Pasukan