Perpindahan ‘kontroversi’ Mohamadou Sumareh ke kelab Thai League 1, Police Tero FC kini semakin panas apabila Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dikatakan telah ‘reject’ permohonan sijil perpindahan antarabangsa (ITC) pemain itu.

Menurut laporan oleh wartawan Astro Arena, perkara itu telah dijelaskan oleh Setiausaha Agung FAM sendiri yang ditemui petang tadi, dimana tindakan itu dibuat mengikut mengikut Annexe 3 Artikel 8.2 Regulations on the Status and Transfer of Players FIFA, Perenggan 4 (b).

Berdasarkan proses yang sepatutnya, FAM perlu membuat keputusan dalam tempoh 7 hari selepas ‘request’ dihantar dan FAM perlu menyemak semula status pemain itu bersama pasukan mengenai status kontrak pemain itu.

annexe3

Gambar diatas adalah peraturan yang dijelaskan, dimana request ITC boleh ditolak sekiranya ada masalah status kontrak diantara pemain dan kelab lamanya.

Dari sini kita dapat tahu bahawa Pahang berkemungkinan memaklumkan kepada FAM bahawa Sumareh masih lagi pemain pasukan Pahang dan FAM tidak akan melepaskan ITC kepada FA Thailand.

annexe33

Namun, ITC sementara telah dikeluarkan oleh FIFA selepas dimohon oleh FA Thailand  akan membolehkan Sumareh turun beraksi bersama Police Tero FC. Tetapi itu sebenarnya tidak akan menghalang Pahang untuk mengambil sebarang tindakan keatas pemain itu.

Ini adalah status semasa Mohamadou Sumareh yang telah diumumkan secara rasmi sebagai pemain Police Tero FC dan akan memakai jersi nombor 13 bersama kelab itu.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Mokhtar Dahari Sebenarnya Berada Di Ranking Ke-3 ‘All Time International Goal Scorer’ Dibelakang Cristiano Ronaldo Dan Ali Daei

Ini Komen Luqman Hakim Selepas Jaringkan Gol Pertama Dalam Debut Bersama Skuad Senior KV Kortrijk

Perlawanan Ke-6 CIMB Liga Super Malaysia Catat Hampir 2 Juta ‘Views’ Di Platform Youtube Sahaja