Dalam perlawanan ke-6 saingan CIMB Liga Super Malaysia 2020 yang telah berlangsung pada 4 dan 5 September, jumlah views atau tontonan di platform Youtube semakin mendapat sambutan dari peminat bola sepak tempatan.

Dari angka yang kami rekodkan ketika artikel ini ditulis (dijangka akan meningkat lagi selepas ini), kira-kira 1,956,969 views berjaya dicatatkan dari semua 6 perlawanan yang berlangsung pada tarikh tersebut.

Nota: Angka ini bukanlah menunjukkan bilangan tontonan ketika LIVE, tetapi termasuk juga tontonan selepas siaran langsung tamat diplatform Youtube.

Perlawanan Manakah Paling Mendapat Sambutan?

Berdasarkan kepada pautan perlawanan, bilangan views untuk perlawanan pasukan JDT bertemu Perak adalah yang paling tinggi, dimana sebanyak 727,209 tontonan telah direkodkan.

JDTPRK

2 perlawanan yang mencatatkan bilangan view melebihi 300,000 pula adalah perlawanan diantara Kedah berdepan PJ City 376,094 tontonan, dan Melaka bertemu Terengganu dengan 363,914 tontonan.

Bagi perlawanan UiTM FC bertemu Pahang pula sebanyak 221,605 tontonan dicatatkan, manakala perlawanan Sabah bertemu Selangor pula memiliki 216,863 tontonan.

Untuk perlawanan diantara PDRM berdepan Felda United pula, sebanyak 51,284 tontonan direkodkan dan merupakan bilangan terendah dalam perlawanan ke-6 CIMB Liga Super Malaysia 2020.

Melihat kepada jumlah tontonan yang boleh dikatakan tinggi ini, bermakna pihak-pihak berkenaan mungkin mampu menggunakan data yang ada ini untuk tujuan pengiklanan dan penajaan atau perkara lain yang boleh mendatangkan pendapatan.

Walaupun ia mungkin sekadar cadangan biasa, pelbagai cara boleh dilakukan untuk memaksimakan aset digital ini bagi tujuan kelestarian industri bola sepak sendiri.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ  sediakan untuk anda.

RASMI: Mohamadou Sumareh Diumumkan Sebagai Pemain Baru Police Tero FC

Mohammed Ghaddar Kembali Ke Lebanon, Pulang Ke Pangkuan Nejmeh SC Selepas 11 Tahun Berkelana

Kem Vietnam ‘Kalut’ Filip Nguyen Terima ‘Call Up’ Skuad Kebangsaan Republik Czech Bertemu Scotland Dalam UEFA Nations League