Penyerang muda sensasi negara Luqman Hakim semakin ‘panas’ apabila beliau berjaya menjaringkan gol pertama bersama skuad KV Kortrijk hari ini.

Debut bersama skuad utama KV Kortrijk itu hadir apabila kelab itu melakukan perlawanan persahabatan bertemu kelab BX Brussel, dan telah menang perlawanan tersebut dengan keputusan 2-1.

Lebih menarik, BX Brussel sebenarnya adalah kelab milik bekas kapten Manchester City, Vincent Kompany yang dibeli pada tahun 2013 lagi. Kini Vincent Kompany merupakan pengerusi kelab dimana tempat beliau dilahirkan.

“Perlawanan pertama sangat bagus walaupun sukar untuk saya kerana ini adalah kali pertama bagi saya beraksi di eropah.”

“Setiap pemain push, push, push dan ia bagus untuk saya belajar (gaya) permainan di eropah. Saya sangat gembira menjaringkan gol pertama ini untuk skuad utama. Saya amat gembira.”

“Sukar disini untuk saya. Sangat susah. Jadi, saya perlu push diri saya dan tidak berputus asa.”

Saksikan video Luqman Hakim menjaringkan gol dan komen beliau dibawah:

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Arnout Vercruysse: “Saya Dah Beli 2 Buah Buku Resepi Masakan Malaysia”, Teruja Menerima Luqman Hakim Dirumahnya

Hak Penyiaran Thai League Bernilai RM1.58 Bilion Untuk 8 Tahun, Zense Entertainment Calon Utama Pemenang Bidaan

TERKINI: Tarikh Kejohanan AFF Suzuki Cup 2020 Terbongkar, Dilangsungkan Pada Bulan Ramadhan 2021?

Sumber