Khabar gembira datang dari bumi Belgium apabila penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim Shamsudin menjaringkan gol pertama bagi kelab barunya, KV Kortrijk.
Luqman terlibat dalam perlawanan bersama skuad B-21 tahun Kortrijk ketika pasukan itu berdepan KRC Gent yang menyaksikan Kortrijk tewas dengan keputusan 4-1.
Gol tunggal KVK dijaringkan oleh Luqman dimana beliau berjaya mencuri bola dari pertahanan lawan sekaligus melepaskan rembatan deras menewaskan penjaga gol Gent.
Hakim Luqman scored his first goal on European soil for our U21 (@kvkjeugd) in a 1-4 loss against KRC Gent.
Congrats, Hakim!
🔴⚪ #WeDoenVoort pic.twitter.com/TARkgNNd4J
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 27, 2020
Meskipun KVK tewas, akan tetapi kejayaan Luqman menjaringkan gol pada perlawanan pertama beliau bersama kelab tersebut nyata memberi impak, baik kepada pemain itu dan juga peminat di Malaysia.
Ini menunjukkan Luqman Hakim telah beradaptasi dengan baik dengan corak permainan pengendali pasukan dan ini merupakan permulaan yang baik bagi Luqman.
Apa yang pasti, Luqman perlu mengekalkan prestasi semasa agar beliau terus menjadi pilihan bagi menerajui jentera serangan pasukan.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
Rakyat Malaysia Mahu Dapatkan Jersi KV Kortrijk Disebabkan Luqman Hakim