Perpindahan Luqman Hakim ke KV Kortrijk bukan sahaja memberikan sinar baharu kepada peminat bola sepak tanah air yang mahu menyaksikan pemain Malaysia beraksi di luar negara tetapi juga menyentuh perkara lain seperti jersi kelab itu sendiri.

Semalam, Kortrijk mengumumkan Luqman akan memakai jersi bernombor 9 bagi mengharungi musim 2020/2021. Perkara ini mendapat sambutan hangat daripada peminat dan mereka mahu mendapatkan jersi Kortrijk dengan name set Luqman.

https://twitter.com/YopHakimm/status/1294019256393203712

Selain menyambut baik nombor jersi yang diberikan kepada pemain berusia 18 tahun itu, peminat turut berpendapat tanggungjawab yang diberikan menjadi lebih besar kerana nombor tersebut sinonim dengan beberapa penyerang terbaik dunia seperti Fernando Torres, Robert Lewandowski dan Ronaldo Nazario.

Setibanya Luqman di Belgium, beliau kini perlu menjalani kuarantin selama 14 hari sebelum menyertai sesi latihan bersama rakan sepasukan beliau.

Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim yang telah kami sediakan di sini:

Kenali Terem Moffi, Pesaing Utama Luqman Hakim Untuk Posisi Penyerang Utama Pasukan

“Saya Balik Pun Makan Maki Je, Ini Cita-Cita Saya, Jiwa Saya Kena Kental.” – Luqman Hakim

Johan Dion Cools Sedia Bantu Luqman Hakim Menyesuaikan Diri Di Belgium