Pemain kacukan Malaysia-Belgium, Johan Dion Cools menyatakan kesediaan beliau untuk membantu penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran apabila beraksi di Belgium dalam masa terdekat.
Dion Cools yang memulakan karier bola sepak profesional di Belgium bersama OH Leuven dan Club Brugge turut menasihat Luqman supaya pemain itu tidak mengharapkan sesuatu yang besar kerana beliau perlu menyesuaikan diri serta belajar.
Apa-apa lepas ini dah boleh roger @Djcools_21 tau @luqmansham10. 😁
Happy bila tengok ramai mahu bantu Luqman berjaya di @kvkofficieel. Pastikan anda take note tips & nasihat Dion ni. ☝️ #sTayMindful #staysafe #newnormal #RMCO #KamiTeamMalaysia pic.twitter.com/b7NQS6WZck
— Team Malaysia (@TeamMsia) August 10, 2020
“Ambil masa dahulu supaya kamu dapat menyesuaikan diri kerana ini adalah proses pembelajaran baharu dalam suasana dan budaya yang berbeza. Jika mampu bertutur Flemish dan English, ia akan membantu dari segi komunikasi serta penyatuan kamu dengan rakan sepasukan di sana.
“Saya sedia membantu walaupun dari jauh. Keluarga saya dan semua warga Malaysia di sana lebih daripada bersedia untuk membantu sekiranya kamu memerlukan bantuan,” kata Dion.
Luqman Hakim Shamsudin kini sah menjadi milik kelab KV Kortrijk selepas beliau menandatangani kontrak bersama kelab itu pada minggu lalu.
Berdasarkan kontrak yang ditandatangani, Luqman Hakim akan beraksi dengan KV Kortrijk selama 5 musim dan dianggarkan bernilai 7 angka (berkemungkinan sekitar RM3 juta) dimana beliau juga turut akan menerima kemudahan tempat tinggal serta pengangkutan ketika berada disana nanti.
Sumber artikel: Kosmo
Baca artikel lain mengenai Johan Dion Cools dan Luqman Hakim di sini:
RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka
“Pengurusan Kelab Tidak Menyokong, Tetapi Saya Mahu Beri Peluang Kepada Luqman”