Pemilik KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan mendedahkan pengurusan kelab pada awalnya kurang bersetuju untuk membawa masuk penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim.
Menurut Tan Sri Vincent, umur Luqman masih lagi 18 tahun dianggap masih lagi awal untuk beraksi bersama pasukan. Namun taikun dari Malaysia itu mahu memberi peluang kepada Luqman untuk membuktikan kemampuan beliau.
“Pada awalnya pengurusan KV Kortrijk tidak memberikan sokongan kerana usia Luqman. Sebagai pemilik, saya maklumkan kepada mereka saya juga boleh membuat keputusan.
“Sebagai pemilik kelab yang berasal dari Malaysia, saya mahu memberi pemain muda dari Malaysia peluang untuk beraksi di sini.
“Saya arahkan mereka untuk melatih Luqman dan memberi dia peluang untuk membuktikan kemampuan yang dia ada. Jika tidak sebagai pemain kesebelasan utama, beri dia peluang masuk sebagai pemain gantian. Biar beliau dapatkan minit bermain.
🔺WELCOME LUQMAN 🔺
🇲🇾 Hakim joins KV Kortrijk and signs a 5-year contract!
🔴⚪️ #WelcomeHakim pic.twitter.com/XxubbYKYXD
— KV Kortrijk (@kvkofficieel) August 6, 2020
“Mungkin Luqman mampu untuk menjaringkan gol. Jika itu berlaku, maka mereka akan terus menurunkan Luqman. Jadi kita mesti beri peluang kepada beliau,” kata Tan Sri Vincent Tan ketika majlis menandatangani kontrak antara Luqman dan Kortrijk di ibu negara.
Luqman dijangka terbang ke Belgium apabila proses menyiapkan dokumen berkenaan selesai sepenuhnya.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim di sini:
RASMI: Luqman Hakim Sah Milik KV Kortrijk, Tandatangan Kontrak 5 Tahun Dianggarkan Bernilai 7 Angka
Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020