Penyerang skuad B-19 tahun negara, Luqman Hakim berpendapat kualiti yang dimiliki oleh Wan Kuzri Wan Kamal sama seperti pemain tengah Real Madrid, Toni Kroos.
Luqman memgakui kemahiran yang dimiliki oleh Wan Kuzri sangat baik dan beliau sudah mengkaji cara permainan pemain itu, jauh sebelum Kuzri tiba di Malaysia.
Wan Kuzri macam Toni Kroos? Itu pendapat Luqman Hakim Shamsuddin tentang pemain berpangkalan di Amerika Syarikat itu @ASTROARENA pic.twitter.com/vhAdXXvDpV
— Syakirah Zulkifly (@SykrhZlkfly) July 29, 2020
“Kemahiran yang dia (Wan Kuzri) miliki sangat bagus. Saya sudah membuat analisis melalui YouTube dan berpendapat pemain ini seperti ala-ala Toni Kroos.
“Kehadiran beliau boleh membantu skuad B-19 tahun negara. Saya tiada masalah dengan perkara itu. Beliau datang ke sini untuk mencari tempat, dan kita di sini untuk mengekalkan tempat. Kita sama-sama memberi semangat dan dorongan,” kata Luqman.
Luqman Hakim dan Wan Kuzri menjadi sebahagian daripada 30 pemain yang dipanggil bagi menyertai sesi latihan fasa kedua skuad B-19 tahun negara.
Sebelum ini, Luqman tiada dalam sesi latihan fasa satu kerana ketua jurulatih, Brad Maloney mahu menilai pemain lain.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim dan Wan Kuzri di sini:
Aiman Afif Tercabar Dengan Kehadiran Wan Kuzri Dalam Skuad B-19 Tahun Negara
Kedutaan Malaysia Di Belgium Sudah Bersedia Sambut Ketibaan Luqman Hakim