Pemain muda sensasi negara, Luqman Hakim Shamsudin kini secara rasmi sah menjadi milik kelab KV Kortrijk selepas beliau menandatangani kontrak bersama kelab itu sebentar tadi.
Majlis menandatangani kontrak itu yang diadakan di Berjaya Times Square turut dihadiri oleh pemilik kelab KV Kortrijk Tan Sri Dato’ Seri Vincent Tan dan juga duta besar Belgium di Malaysia iaitu Pascal Grégoire sebagai tetamu kehormat.
Berdasarkan kontrak itu, Luqman Hakim akan beraksi dengan KV Kortrijk selama 5 musim dan dianggarkan bernilai 7 angka (berkemungkinan sekitar RM3 juta) dimana beliau juga turut akan menerima kemudahan tempat tinggal serta pengangkutan ketika berada disana nanti.
Selain itu, nilai tersebut juga tidak termasuk bonus prestasi yang akan diterima oleh Luqman Hakim sekiranya beliau berjaya mempamerkan aksi yang cemerlang bersama pasukan KV Kortrijk.
Dari sudut dokumentasi pula, Luqman Hakim sudah pun menerima visa dan membolehkan beliau terbang ke Belgium pada bila-bila masa sahaja untuk menyertai skuad KV Kortrijk seterusnya memulakan karier bola sepak profesional di eropah.
Tahniah diucapkan kepada Luqman Hakim dan kami doakan semoga anda kekal fokus dan berjaya.
Nota: Perkembangan lanjut mengenai Luqman Hakim akan dikemaskini selepas ini.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Luqman Hakim Jauh Tinggalkan Pemain Lain Dalam Undian “Golden Boy” 2020
Tonton Video ‘Masterplan’ Hebat Pusat Latihan Bola Sepak Korea Selatan Yang Akan Dibina