Jaringan pertama penyerang skuad B-18 tahun negara, Luqman Hakim bersama KV Kortrijk pada perlawanan menentang KRC Gent B-21 tahun nyata mendapat sambutan panas dari ramai pihak khususnya peminat bola sepak tanah air.
Akan tetapi, video gol Luqman yang kurang jelas turut menjadi perbualan netizen Malaysia di mana ada diantara mereka yang mempersoalkan mengapa kelab seperti Kortrijk tidak mempunyai peralatan yang canggih seperti kamera bagi merekod perlawanan.
GOAL PERTAMA LUQMAN HAKIM BERSAMA SKUAD KV KORTRIJK U21!!
— VOCKET FC (@vocketfc) August 27, 2020
Salah satu pengguna Twitter yang selalu membawa perkembangan terkini mengenai pemain muda negara, Youth Football Malaysia kemudiannya memberikan penjelasan mengapa kualiti gol Luqman tidak jelas dan sukar untuk dilihat.
Menurut YFM, video tersebut diambil dari kamera yang dikhaskan untuk menganalisa pemain. Selain itu, video kurang jelas kerana masih raw dan belum diproses menggunakan software tertentu.
Ramai komplen kualiti video gol luqman kat KVK. Sabar. Tu futej kamera analisa video. Kemungkinan pakai mini mobile tower seperti AP Capture dan HiPOD Pro yg digunakan oleh NFDP
So gambar nampak macam CCTV je sebelum diproses utk analisa dgn software seperti NacSports pic.twitter.com/Kph5C6DXu7
— Youth Football Malaysia (@youthfootballmy) August 27, 2020
Meskipun kualiti video yang kurang memuaskan, namun itu tidak menjadi masalah kerana apa yang penting, Luqman Hakim berjaya beradaptasi dengan baik bersama KV Kortrijk.
Jika Luqman berjaya mengekalkan prestasi, tidak mustahil beliau terus menjadi pilihan utama bagi mengisi jentera serangan skuad B-21 tahun KV Kortrijk.
Baca artikel lain mengenai Luqman Hakim yang telah kami sediakan di sini: