Dalam satu video yang telah dimuatnaik oleh KV Kortrijk melalui laman sosial media rasmi mereka semalam, memamaparkan Luqman Hakim yang sudah mula berpindah ke rumah keluarga angkatnya dari apartment dimana beliau menjalani proses kuarantin selama 2 minggu selepas tiba di Belgium.
Video yang berdurasi hampir 3 minit itu mempunyai sarikata dalam bahasa Belanda yang mungkin sukar untuk kita faham mengenai apa yang disampaikan, hanya perbualan bersama Luqman Hakim sahaja dalam bahasa Inggeris.
Keluarga angkat Luqman yang memperkenalkan diri sebagai Arnout menceritakan bagaimana beliau tahu mengenai kelab KV Kortrijk sedang mencari penempatan untuk seorang pemain asing dari Malaysia.
“Apabila saya tahu mereka (KVK) sedang mencari keluarga angkat, saya terus menghubungi kelab kerana saya adalah penyokong kuat KVK.
“Saya rasa sangat teruja untuk memiliki pemain menjalani kehidupan dirumah saya.”
“Selain itu saya juga mahu belajar memasak masakan Malaysia kerana saya memang suka memasak. Saya telah beli 2 buah buku masakan makanan Malaysia dan ia satu penemuan yang hebat!”
Melihat kepada reaksi Luqman dalam video tersebut, safe to say beliau nampak cukup selesa, gembira dan teruja untuk menjalani kehidupan di Belgium. Ini sebenarnya penting untuk seseorang pemain kerana jika kehidupan diluar padang mereka berada dalam keadaan tertekan, berkemungkinan bakal memberikan kesan negatif kepada prestasi bola sepak mereka.
Tahniah Luqman Hakim, semoga terus maju!
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kamiĀ sediakan untuk anda.
Adakah Ini Klausa 8.7 Yang Menyebabkan Kontrak Sumareh Bersama Pahang FA Terbatal?
TERKINI: ZamSaham Sah Beli Saham TRW Sdn Bhd, Pemilik Kelantan FC Buktikan Bukan ‘Sembang Kosong’
Jendela Perpindahan Thai League Masih Terbuka, Police Tero Minat Bawa Sumareh Ke Thai League?