Menteri Kanan – Pertahanan dan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian memberitahu bahawa kelab KV Kortrijk telah dibenarkan untuk memohon ‘special permission’ untuk membolehkan Luqman Hakim terbang ke eropah.

Luqman Hakim yang telah secara rasmi diumumkan oleh FA Selangor akan menyertai kelab divisyen 1 Belgium, KV Kortrijk minggu lalu kini perlu melengkapkan segala dokumentasi berkaitan perpindahan itu untuk melancarkan proses mendapatkan kebenaran khas tersebut.

Menurutnya lagi, pemilik kelab KV Kortrijk, Tan Sri Vincent Tan juga dibenarkan untuk memohon pelepasan itu daripada KKM namun segala dokumen perlu disediakan.

“Berdasarkan perkembangan terkini, jika Luqman harus terbang ke Belgium dalam memenuhi kontrak lima tahunnya (bersama KVK) atau jika sah Liga Belgium musim baharu akan bermula contohnya akhir Ogos atau September depan, pihak pemilik kelab (Vincent Tan) sendiri boleh memohon kepada KKM untuk mendapatkan pelepasan khas.

“KKM boleh memberi kebenaran dalam situasi Luqman ini tetapi dia harus melengkapkan semua dokumen dalam proses perpindahan dari Selangor ke Belgium itu. Insya-ALLAH tiada masalah buat Luqman untuk terbang (ke Belgium) nanti,” katanya eksklusif kepada Sinar Harian.

Dengan kenyataan tersebut, dapat diramalkan Luqman Hakim akan terbang ke Belgium dalam masa terdekat untuk menyertai latihan bersama KV Kortrijk serta menyesuaikan diri dengan persekitaran bari disana.

Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami  sediakan untuk anda.

Khalid Jamlus ‘Tolak’ Kasut Emas Pada Harga RM10,100 Melalui Bidaan LIVE Facebook

Pengurus Yangon United Berasal Dari Malaysia Kongsikan Bagaimana Kelab Itu Jana RM150,000 Sebulan Dari Aset Pasukan.

Pemain New York Red Bulls Ini Dikaitkan Dengan Skuad Kebangsaan Vietnam, Nilai Transfermarkt RM3.49 Juta

Sumber