Mungkin tidak ramai peminat bola sepak di negara ini tidak mengetahui berkenaan seorang pengurus kelab bola sepak Yangon United FC di Myanmar adalah warga Malaysia dan sudah memegang jawatan itu selama 2 musim.
Khairul Anuar dalam satu perkongsian bersama VOCKETFC telah mendedahkan beberapa perkara terutamanya bagaimana kelab Yangon United FC menjana pendapatan diluar dari sumber seperti penajaan, jualan barangan pasukan dan kutipan tiket perlawanan.
Dalam perkongsian tersebut, Khairul Anuar menjelaskan bahawa Yangon United FC menggunakan aset-aset pasukan yang dimiliki untuk menjana pendapatan kepada kelab tanpa berharap kepada 3 perkara yang disebutkan seperti diatas.
Aset Pasukan Jana Pendapatan Untuk Kelab.
Menurut Khairul Anuar, Yangon United FC memiliki fasiliti seperti berikut untuk digunakan sebagai ‘mesin’ duit kepada kelab.
Fasiliti Terbuka Kepada Orang Awam.
Fasiliti yang mereka ada dibuka kepada orang awam dan berdasarkan maklumat yang diberikan, secara purata 5,000 orang keluar masuk menggunakan fasiliti ini.
Diantara fasiliti tersebut adalah seperti berikut;
- 4 buah gelanggang futsal terbuka.
- 1 buah gelanggang futsal tertutup.
- 1 gelanggang bola keranjang.
- Gimnasium.
- Kolam renang.
- Gelanggang tenis.
- Gelanggang badminton.
Sewaan Fasiliti Acara Rasmi
Fasiliti yang dimiliki oleh Yangon United FC juga menjadi pilihan masyrakat setempat untuk mengadakan pelbagai acara seperti majlis korporat, hari sukan serta venue pendidikan fizikal sekolah antarabangsa.
Venue Komersil.
Ini termasuklah pelbagai kegunaan oleh orang awam untuk venue acara rasmi, majlis perkahwinan, majlis makan malam dan sebagainya.
Akademi Bola Sepak
Dengan kepakaran serta memiliki fasiliti sendiri, Yangon United FC mampu menganjurkan akademi bola sepak mereka sendiri kepada penduduk tempatan dan pastinya menerima sambutan.
Dengan status kelab bola sepak yang ditadbir urus secara profesional, aset sebegini mampu untuk leverage kepakaran untuk menghasilkan perolehan lumayan untuk kelab itu sendiri.
Akademi Renang
Walaupun mereka sebenarnya adalah sebuah kelab bola sepak, kita perlu melihat perkara ini dari satu sudut yang lebih luas terutamanya berkaitan dengan sumbangan terhadap budaya sukan disesuatu tempat dalam komuniti.
Memiliki kolam renang sendiri, selain membuka kegunaan kepada orang awam, Yangon United FC turut menganjurkan akademi renang kepada masyarakat tempatan.
Perkara seperti ini bukan sahaja menjadikan mereka untung dari sudut kewangan malah lebih utama branding kepada Yangon United FC itu sendiri melekat dalam kepala komuniti terdekat seterusnya memungkinkan bilangan penyokong bertambah dimasa depan.
“Sebahagian besar revenue kami datang dari sewaan fasiliti sukan yang dimiliki. Secara puratanya, kami mampu menjana sekitar RM150,000 hingga RM170,000 sebulan.”
Untuk melihat dengan lebih jelas apa yang Yangon United FC ini ada, sila tonton video dibawah;
Difahamkan juga Yangon United FC pernah mejalinkan kerjasama dengan gergasi dalam J.League iaitu Yokohama F Marinos beberapa tahun lalu.
Mungkin pasukan-pasukan di Malaysia juga boleh melihat apa yang dilakukan oleh Yangon United FC sebagai satu contoh dipihak pengurusan untuk membuka visi yang lebih luas dalam mentadbir urus bola sepak di Malaysia.
Selamat maju jaya Khairul Anuar dan Yangon United FC!
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Ini Rupa Terkini Padang Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin Selepas Dinaik Taraf
Ini 2 Sebab Mengapa Malaysia Adalah Lawan Yang Paling ‘Sakit Kepala’ Untuk Park Hang-seo