Ketua jurulatih skuad U19 Vietnam, Philippe Troussier dalam satu kenyataan kepada media tempatan memberi tahu bahawa masyarakat di segelintir masyarakat eropah yang terlibat secara langsung dalam bola sepak sangat prejudis kepada pemain-pemain dari Asia.
Kenyataan sebegitu dikeluarkan selepas beliau memberikan komen mengenai masa depan pemain skuad U19 dan pemain pertahanan muda Vietnam yang dipinjamkan ke SC Heerenveen yang hanya diberikan peluang 4 minit beraksi dengan skuad utama pasukan tersebut.
“Jika terpilih, banyak pasukan di eropah yang mengutamakan pemain dari benua Afrika atau Amerika Selatan yang lebih kuat (fizikal). Ini berikutan orang Eropah yang bersikap prejudis terhadap pemain dari Asia.”
“Walaupun Vietnam memiliki pemain berpotensi seperti Messi sekalipun, orang eropah tidak akan memandang serius dan pemain juga akan menerima layanan kurang baik dari rakan sepasukan.”
Bercakap mengenai Doan Van Hau pula, Troussier menjelaskan bahawa pemain itu sedang berdepan dengan situasi yang sama seperti diatas.
“Mengenai Van Hau, saya fikir jurulatih Heerenveen mempunyai pemikiran yang sama seperti saya. Wlaubagaimanapun, masyarakat di Belanda masih mempunyai sikap prejudis yang tinggi kepada pemain dari Asia seperti Vietnam, jadi mereka tidak boleh menerima Van Hau dan menyebabkan jurulatih terpaksa menggunakan pemain dari Belanda atau eropah lain sebelum mengambil pusing mengenai Van Hau.”
“Ia bukan mengenai pemain, tetapi lebih kepada bias masyarakat eropah dan yang lain.”
Apa Cadangan Philippe Troussier Untuk Memecahkan Tembok Ini?
Bekas ketua jurulatih Jepun di Piala Dunia 1998 itu telah memberikan satu cara untuk menyelesaikan perkara ini dan akan menyebabkan masyarakat dari eropah memberikan lebih kepercayaan kepada pemain Asia iaitu…Juara Asia.
Philippe Troussier menceritakan bahawa perkara yang sama berlaku kepada pemain-pemain Jepun dahulu dan disebabkan pasukan itu sentiasa menjadi regular dipentas Piala Dunia serta keputusan dan prestasi yang stabil ramai pihak eropah yang mahu membawa mereka.
Pengalaman ini menjadikan Philippe Troussier lebih memberikan fokus untuk membawa skuad U19 Vietnam ke pentas Piala Dunia U20 tahun 2021. Dengan generasi pemain yang dimiliki, beliau melihat ramai pemain yang berkualiti dan sentiasa memberikan komitmen tinggi dalam latihan.
Teruskan membaca 3 artikel terpilih berkaitan bola sepak ASEAN yang kami sediakan untuk anda.
Hanoi FC Sanggup Bayar Gaji Doan Van Hau RM2.2 Juta Setahun Untuk Kekal Berada Di Belanda
Kelab Ceres Negros ‘Bungkus’ Selepas Pemiliknya Muflis, Gagal Bayar Gaji Pemain 2 Bulan