Mungkin ramai yang menyaksikan perlawanan akhir 1 Piala AFF 2020 diantara Indonesia dan Thailand hari ini, melihat bagaimana keselesaan yang dimiliki oleh skuad Alexandre Pölking mendapatkan 4 jaringan tanpa balas.
Banyak pertukaran yang dilakukan dan paling menjadi tumpuan adalah pertukaran penjaga gol Thailand iaitu Siwarak Tedsungnoen digantikan dengan Kawin Thamsatchanan pada minit ke 75.
Rata-rata membuat andaian bahawa pasukan Thailand sudah pun cukup yakin dengan apa yang mereka miliki untuk berdepan baki 15 minit menuju masa penuh.
Namun, ada sebab yang lebih utama berkaitan pertukaran penjaga gol itu sebenarnya.
Menurut Alexandre Pölking ketika diajukan soalan mengenai pertukaran ini dalam sidang media selepas perlawanan tamat, beliau sebenarnya mahu memberikan sedikit kegembiraan kepada Kawin Thamsatchanan yang telah kematian bapanya hari ini.
“Ia sangat bagus untuk bertanyakan soalan ini kerana saya juga mahu membuat satu kenyataan mengenai perkara ini juga sebenarnya.”
“Saya mahu jelaskan disini bahawa saya telah berfikir mengenainya (pertukaran) sebelumnya, dan akhirnya saya membuat keputusan untuk memasukkan dia (Kawin).”
“Saya tidak bermaksud untuk menjadi tidak menghormati pasukan Indonesia terutamanya kepada barisan kejurulatihan mereka, kerana ia tidak berkaitan.”
“Saya membawa masuk Kawin, kerana ayahnya meninggal dunia hari ini. Dan saya mahu memberikannya sedikit momen kegembiraan malam ini.”
Inilah sebenarnya punca mengapa pertukaran Kawin Thamsatchanan dilakukan oleh pasukan Thailand seperti yang dijelaskan oleh Alexandre Pölking dalam keadaan menangis dalam sidang media sebentar tadi.
Semoga penjelasan ini dapat menjawab persoalan yang timbul dikalangan peminat bola sepak yang menonton perlawanan tersebut.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Indonesia Muncul Negara Asia Paling Banyak Kutip Mata FIFA Ranking Bulan Disember 2021
Teamtalk Shin Tae-yong Ini Dedahkan 4 Kelemahan Utama Skuad Malaysia Ketika Bertemu Indonesia