Aksi skuad kebangsaan Indonesia dibawah bimbingan Shin Tae-yong kebelakangan ini telah berjaya membuahkan hasil awal selepas mereka muncul sebagai negara Asia paling tinggi meraih mata FIFA ranking yang dikemaskini pada 23 Disember 2021 yang lalu.
Nota: Untuk makluman, kali terakhir FIFA mengemaskini kedudukan mata ranking itu adalah pada 19 November 2021.
Selepas dari tarikh 19 November sehingga 23 Disember 2021, skuad kebangsaan Indonesia telah mengharungi 6 perlawanan secara keseluruhannya bermula dengan perlawanan berdepan Myanmar pada 25 November sehingga yang terkini bertemu Singapura pada separuh akhir 1 kejohanan Piala AFF 2020.
Hasil dari 6 perlawanan dimana 1 daripadanya adalah perlawanan persahabatan (berdepan Myanmar di Antalya, Turki), 5 lagi perlawanan adalah dalam kejohanan Piala AFF 2020 dan secara keseluruhannya Indonesia berjaya mengutip 11.13 mata.
Jumlah mata ini adalah yang paling tinggi dicatatkan oleh sebuah negara dibawah AFC dalam tempuh 34 hari terkini sejak kemaskini FIFA pada 19 November lalu.
Ketika ini, pasukan Indonesia mengumpul 992.31 mata, sebelum turun berdepan pasukan Singapura sekali lagi malam ini untuk aksi separuh akhir ke-2 Piala AFF 2020.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
Teamtalk Shin Tae-yong Ini Dedahkan 4 Kelemahan Utama Skuad Malaysia Ketika Bertemu Indonesia
Untung Pemain Thailand Dapat Pengurus Kaya, Buat ‘Lucky Draw’ Hadiah Barangan Berjenama Mewah
Mano Pölking Berterus-Terang 3 Sebab Kenapa Thailand Turunkan ‘Skuad Simpanan’ Berdepan Singapura