Dalam satu sesi ‘NO HOLDS BARRED’ yang dibuat secara langsung di laman sosial Facebook Johor Southern Tiger petang tadi, TMJ mendedahkan bahawa kelab pernah mengenakan denda kepada Akhyar Rashid beberapa kali disebabkan video yang dimuat naik dalam lama sosial.
Menurut TMJ, perkara itu tidak menjadi masalah sekiranya semua pemain mematuhi segala kod etika yang ditetapkan, tetapi jika didapati melanggar perkara itu, maka denda serta amaran akan dikenakan.
“Tahu tak berapa kali Akhyar Rashid kena fine dengan saya dekat JDT? Boleh kata 2-3 kali kena denda.
“Kita (JDT) ada kod etika dalam kelab. Jadi pemain kena ikut kod etika. Apabila awak lebih memetingkan media sosial lebih dari prestasi, of course kelab akan bagi sikit.”
Tidak Semua Orang Boleh Kawal Nafsu Ada Duit
TMJ turut menjelaskan bahawa tidak semua pemain yang mampu mengawal nafsu memiliki wang yang banyak ditambah pula dengar populariti yang ada selepas menyertai kelab seperti JDT.
“Tetapi awak kena faham. Awak datang dari latar belakang yang berbeza. Awak bersama JDT, kelab besar dan tiba-tiba awak popular, you have a lot of money.
“Tak semua orang boleh kawal nafsu ada duit ni.
“Sebab itu bagi saya Safawi bukan seorang manusia (biasa). Dia berbeza, walaupun banyak duit, sudah banyak kejayaan, banyak menjaringkan banyak gol. Setiap hari awak tengok selepas training, Safawi akan melakukan latihan sorang-sorang, tidak pernah lambat.
Jangan Buat Benda Yang Memperbodohkan Diri Sendiri Dan Imej Kelab
TMJ mengulas lanjut mengenai kepentingan perkara seperti ini yang mungkin dilihat remeh oleh sesetengah pihak.
“Kita yang membayar gaji, dan awak kena ikut undang-undang kita (JDT) lah. We owned you.
“Bukannya kita tak bagi nak keluar makan, tak bagi pergi keluar dengan girlfriend, tak bagi pergi holiday ke..tak bagi nak letak gambar dengan isteri atau girlfriend dan kawan dalam Instagram.
“Kita bagi, tetapi jangan buat benda yang boleh membodohkan diri sendiri itu sahaja atau merosakkan imej kelab. Sebagai orang yang bertanggungjawab, you have to take care of your club, branding and interest juga.
Jika diperhatikan, apa yang diberitahu oleh TMJ itu adalah benar dan sebagai pemain bola sepak profesional, ia turut merupakan satu tanggungjawab untuk menjaga perkara-perkara sebegini dengan serius.
Diharapkan semoga para pemain profesional di Malaysia akan lebih berhati-hati demi menjaga kepentingan diri, kelab dan juga pihak penaja.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Malaysia Bakal Terima 1 Slot Automatik Peringkat Kumpulan AFC Champions League Mulai Musim 2021
Jaringan Safawi Rasid Bantu Skuad Harimau Malaya Tewaskan Pasukan Ranking Ke-116 Dunia