Salah seorang pemain muda terbaik dalam negara ketika ini, Arif Aiman dikhabarkan menerima gaji baharu bersama kelabnya iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT).
Baca Juga:
- Aksi Arif Aiman Bertengkar Dengan Lim Teong Kim Curi Perhatian
- Arif Aiman Dan Endrick Sudah Sembuh, Kembali Beraksi Malam ini
- Solari Akui Arif Aiman Dan Endrick Tak Cukup Cergas Lawan Sabah
Menurut perkongsian wartawan Astro Arena, Zulhelmi Zainal Azam, Arif menerima gaji baharu sebanyak RM20,000 berbanding RM12,000 sebelum ini.
Rata-rata peminat bola sepak tanah air menganggap gaji baharu Arif Aiman bersama JDT adalah rendah memandangkan prestasi yang beliau tampilkan setakat ini selain kualiti yang dimiliki oleh pemain itu.
Sebelum ini, pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) pernah menjelaskan kepada media yang mana gaji Arif pada musim 2021 adalah RM11,000 – kurang seribu musim lalu.
“Saya kenal setiap pemain saya. Daripada akademi hingga ke pasukan utama. Saya juga yang membuat keputusan berkenaan kontrak pemain. Tahukah anda berapa gaji Arif Aiman tahun lepas?”
“RM11,000 sahaja. Tetapi main bersungguh-sungguh. Kenapa? Kerana macam mana saya jaga setiap pemain. Contoh bonus, bonus akan diberikan kepada setiap pemain yang memberi 100% dalam latihan dan dalam perlawanan,” katanya
Setakat lapan perlawanan dalam saingan Liga Super, Arif telah menjaringkan lima gol dan menyumbang lima bantuan gol.