Penjaring 2 gol dalam perlawanan Malaysia bertemu Indonesia semalam, Safawi Rasid ketika ditemui sebelum berangkat pulang dari Stadium Nasional Bukit Jalil memberikan isyarat jelas bahawa beliau masih dahagakan aksi dan prestasi yang lebih baik untuk skuad Harimau Malaya.

Pemain yang baru sahaja menerima anugerah pemain paling bernilai dalam Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2019 baru-baru ini berjaya memecahkan kebuntuan apabila sepakan bebas beliau dari kawasan D diluar kotak penalti Indonesia menerjah gawang tanpa dapat diselamatkan Muhammad Ridho pada minit ke 30.

76710804_2143284545772816_3522144491509121024_n

“Pertama sekali terima kasih kepada semua pemain yang telah memberikan aksi 100%. Alhamdulillah kita menang dan kita berada dikedudukan ke 2 dalam kumpulan.

“Secara peribadi, seperti yang saya pernah cakap saya tidak puas dengan apa yang saya buat. Jadi, saya perlu improve dari hari ke hari untuk Malaysia. Keputusan malam ini adalah penting untuk memberikan keyakinan bagi saya berdepan pasukan UAE nanti ditempat lawan.

Safawi Rasid menyumbat gol ke 2 pada minit ke 73, selepas berjaya memperdayakan kapten pasukan Indonesia, Yanto Basna yang menyangka bola akan keluar dari kawasan permainan, tetapi disambar oleh Safawi dan merembat padu ke dalam gol lawan menjadikan kedudukan 2-0 kepada Malaysia.

76178949_2143284369106167_130928349986947072_n

Menurut Safawi lagi, perlawanan pada tahun hadapan bukanlah mudah dan beliau akan melakukan persediaan bagi menghadapi perlawanan itu nanti.

“Kami akan memberikan komitmen dari segi kecergasan, buat extra untuk kekal cergas. Saya rasa untuk perlawanan seterusnya tahun depan, kita akan berdepan tugas berat dankita perlu bersedia untuk 2 perlawanan away dan 1 perlawanan home.

“Peluang dalam kumpulan kita masih terbuka dan besar tetapi kita perlu bersedia untuk perlawanan seterusnya. Jadi,kita perlu baiki apa yang perlu diperbaiki untuk persiapan tahun hadapan.

Malaysia kini mengutip 9 mata dari 5 perlawanan dan berada dikedudukan ke 2 dalam kumpulan G dibelakang Vietnam yang kini mengumpul 11 mata selepas seri 0-0 bertemu Vietnam semalam.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Brendan Gan Digantung 1 Perlawanan, Terkilan Terlepas Perlawanan Penting Bertemu UAE Tahun Hadapan

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia

6 Pemain Malaysia Yang Berisiko Terlepas Perlawanan Dengan UAE Jika Kutip Kad Kuning Kedua Malam Ini