Malam ini skuad bimbingan Tan Cheng Hoe akan turun berdepan dengan pasukan Indonesia di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam misi untuk mengutip 6 mata penuh dari 2 perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022.

Selepas menampilkan prestasi terbaik ketika menewaskan Thailand minggu lalu, skuad Malaysia kini wajib menang bertemu Indonesia untuk muncul sebagai salah sebuah pasukan yang akan mencabar kedudukan teratas takhta kumpulan G dalam misi merebut slot ke Piala Asia 2023.

Namun, kita perlu juga lebih berhati-hati terutama bagi 5 pemain yang sudah mengutip kad kuning pertama sejak perlawanan pusingan 2 kelayakan bermula pada September 2019, kerana jika mereka mengutip 1 kad kuning lagi pada malam ini bermakna pemain-pemain dibawah ini tidak akan dapat diturunkan dalam perlawanan amat penting pada bulan Mac 2020 nanti bertemu UAE di tempat lawan.

78220693_2509029582527124_8754483834310885376_o

Berikut adalah senarai pemain Malaysia yang memiliki 1 kad kuning menjelang perlawanan bertemu Indonesia malam ini;

  1. Corbin Ong (1 kad kuning ketika bertemu Indonesia)
  2. Safawi Rasid (1 kad kuning ketika bertemu UAE)
  3. Brendan Gan (1 kad kuning ketika bertemu UAE)
  4. Shahrul Saad (1 kad kuning ketika bertemu Vietnam)
  5. Aidil Zafuan (1 kad kuning ketika bertemu Vietnam)
  6. Syamer Kutty (1 kad kuning ketika bertemu Thailand)

74570041_2509030535860362_2447139478972661760_o

2 pemain yang tidak dapat beraksi pada malam ini akibat penggantungan selepas menerima 2 kad kuning iaitu Syafiq Ahmad dan Matthew Davies, akan dapat diturunkan semula dalam perlawanan berikutnya.

Baki jadual perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 adalah seperti berikut;

  1. Bertemu UAE ditempat lawan pada 26 Mac 2020.
  2. Bertemu Vietnam di Kuala Lumpur pada 31 Mac 2020.
  3. Bertemu Thailand di Bangkok pada 9 Jun 2020.

Sekiranya kemenangan diraih oleh pasukan Malaysia pada malam ini, 9 mata akan berjaya dikutip seterusnya mencabar hebat kedudukan Vietnam dan Thailand (bergantung kepada keputusan malam ini) bagi meneruskan perjuangan untuk muncul selaku juara kumpulan G.

Selamat maju jaya diucapkan kepada pasukan Harimau Malaya!

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia

Syafiq Ahmad Dan Matt Davies Tidak Dapat Diturunkan Bertemu Indonesia Akibat Penggantungan 2 Kad Kuning

Thailand Batal Sesi Latihan Pertama, Sewa Padang Latihan Sendiri Menjelang Perlawanan Bertemu Vietnam