Skuad Thailand yang baru sahaja tiba di Hanoi untuk menghadapi perlawanan bertemu pasukan Vietnam telah memutuskan untuk tidak mengadakan sesi latihan pertama mereka hari ini.
Menurut ketua jurulatih mereka, Akira Nishino, melalui laporan media Thailand membuat keputusan tersebut atas alasan untuk tidak membebankan pemain-pemain mereka yang mungkin masih lagi keletihan selepas perlawanan bertemu Malaysia serta perjalanan dari Kuala Lumpur ke Hanoi.
Selain itu, Akira Nishino juga telah membuat keputusan untuk tidak menggunakan padang latihan yang disediakan oleh pihak tuan rumah atas beberapa sebab yang difikirkan untuk kebaikan pasukan.
Padang latihan yang disediakan oleh pihak tuan rumah kepada pasukan Thailand berada 40 km dari hotel penginapan dan perjalanan untuk menjalani latihan adalah difikirkan tidak praktikal untuk pemain-pemain.
Pengalaman yang buruk ketika sesi latihan di Malaysia tempoh hari juga merupakan salah satu faktor mengapa kem Thailand sanggup menyewa sendiri padang latihan mereka supaya tidak diintai oleh pihak yang tidak berkaitan.
Thailand turun ke kedudukan kedua kumpulan G apabila tewas kepada Malaysia, dan mereka mahu mencari kemenangan dengan apa cara sekalipun di Hanoi untuk mengimbangi kedudukan Vietnam yang kini mengutip 10 mata sebagai pendahulu.
Kehadiran semula pemain pertahanan kiri mereka, Theerathon Bunmathan, dalam perlawanan pada hari Selasa nanti dijangka akan menyuntik kekuatan tambahan untuk mengasak kubu Vietnam untuk membawa pulang 3 mata penuh dari Hanoi.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Komen Akira Nishino Selepas Malaysia Tumbangkan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil
11 Mata FIFA Ranking Untuk Pasukan Malaysia Sekiranya Berjaya Tumbangkan Skuad Indonesia
Rembatan Padu Mohamadou Sumareh Leburkan Rekod Tanpa Kalah Thailand