Selepas skuad bimbingan Tan Cheng Hoe berjaya menumbangkan pasukan Thailand 1-2 dalam perlawanan pusingan 2 kelayakan Piala Dunia 2022 di Stadium Nasional Bukit Jalil semalam, ramai yang mungkin mahu mengetahui apa komen dari ketua jurulatih mereka Akira Nishino selepas perlawanan tersebut.

Beberapa soalan telah diajukan oleh pihak media ketika sidang media sejurus tamat perlawanan dan Akira Nishino kelihat tenang menjawab pertanyaan walaupun terbuku perasaan kecewa dengan keputusan perlawanan.

Apa yang tidak kena dengan pasukan Thailand selepas mendahului Malaysia 1-0 sehingga tewas 1-2?

Ya, kami telah membenarkan pasukan Malaysia ‘kebebasan’ untuk mengatur gerakan dan tidak mampu untuk kembali bangun memberikan tentangan.

Sehingga kedudukan 1-0, kami memulakan perlawanan dengan baik. Ketika kami mencari gol tambahan, sepatutnya kami lebih banyak memberikan tekanan kepada pasukan Malaysia.

Bagaimana coach rasa mengenai peluang dalam kumpulan G, terutamanya untuk pasukan Thailand?

Saya sudah menjangkakan bahawa persiangan agak sukar dalam kumpulan ini dan akan ada saingan sengit (perkongsian mata).

Kita sudah memperolehi keputusan yang baik dalam 3 perlawanan pertama, tetapi kali ini kami sudah melepaskan mata dan separuh pertama (dari keseluruhan perlawanan) sudah pun tamat, namun perjuangan masih belum tamat.

Dan sekarang, kami akan ‘refresh‘ semula dan fokus untuk perlawanan berikutnya. Itu sahaja ketika ini.

75418276_2796397820424906_6984255433393307648_o

Dibahagian pertahanan, ada 3 pertukaran yang dibuat dan adakah ini merupakan punca kekalahan malam ini?

Ketiga-tiga pemain (pertukaran saat akhir) telah bekerja keras sepanjang perlawanan malam ini. Namun, mungkin ada isu keserasian serta ‘pitch condition‘ yang kurang baik.

Selain itu, 2 pemain (Korrakot dan Elias) baru sahaja diturunkan buat kali pertama (sejak melatih pasukan Thailand) masih kurang selesa tetapi percaya mereka akan mempamerkan aksi lebih baik.

Coach ada menyebut bahawa ada isu berkenaan ‘pitch condition’, sejauh mana perkara ini mempengaruhi keputusan perlawanan malam ini?

Saya tidak mahu menjadikan sebagai satu ‘excuse‘ sebenarnya, yang menyebabkan keupayaan teknikal kita terjejas dan sama untuk kedua-dua pasukan.

Dalam keadaan begini, tempo permainan tidak menjadi seterusnya menyebabkan gaya permainan tidak berada dalam disiplin seperti yang dimahukan.

Dan kemudian menyebabkan pemain tertekan, dan boleh dikatakan mungkin menjadi salah satu dari banyak perkara yang menjadi punca.

Adakah wujud kebimbangan mengenai motivasi pemain selepas kekalahan ini? Bagaimana dengan perlawanan bertemu Vietnam minggu hadapan?

Seperti yang saya beritahu, perjuangan akan diteruskan dan masih belum berakhir. Kami tidak akan menunggu, dan terus bersiap sedia untuk perlawanan seterusnya.

Selain itu, kita akan melihat bagaimana cara terbaik untuk menaikkan kembali tahap motivasi pemain yang juga sama pentingnya dengan mengembalikan semula keadaan fizikal mereka, serta dari psikologi dan mental dalam masa 4 hari ini.

75453441_2795854150479273_5396675151007842304_o

Adakah intensiti serta tekanan konsisten dari pemain Malaysia menyebabkan bahagian tengah Thailand gagal berfungsi dengan baik?

Saya tidak merasakan (kekalahan) berpunca dari bahagian tengah sahaja.

Yang pasti adalah prestasi kedua-dua pemain pada malam ini kurang aktif (stamina terjejas) selain tempo permainan juga yang lebih perlahan berbanding dalam perlawanan sebelum ini.

Berdasarkan keputusan dalam kumpulan G semalam, kedudukan Malaysia masih kekal di tempat ke 4 berkongsi mata dengan pasukan UAE dan 4 mata dibelakang pendahulu, Vietnam.

Kemenangan keatas pasukan Indonesia pada 19 November 2019 nanti bakal mencerahkan lagi peluang Malaysia untuk bersaing sengit dengan Vietnam dan Thailand bagi merebut tempat pertama kumpulan G, seterusnya layak ke pusingan akhir kelayakan Piala Dunia 2022 serta slot automatik kejohanan Piala Asia 2023.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Berjuang Sehingga Ke Minit Terakhir Faktor Utama Malaysia Tewaskan Thailand

16.67 Mata FIFA Ranking Bakal Menjadi Milik Malaysia Jika Mampu Tumpaskan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil

Akira Nishino Tidak Ambil Peduli Mengenai Rekod Pasukan Thailand Di Stadium Nasional Bukit Jalil