Dalam perkembangan terbaru kem pasukan Thailand, ketua jurulatih mereka Akira Nishino ketika sesi temu bual bersama media semalam menyatakan bahawa pemain-pemain Thailand sudah semakin baik berbanding sesi latihan pertama akibat keletihan.

Selain itu, Akira Nishino juga turut memberitahu isu berkenaan padang dan rumput yang sedikit sebanyak menghantui pasukan Thailand, namun beliau lebih suka untuk terus memberikan fokus kepada memaksimakan proses penyesuaian pemain menjelang perlawanan sebenar esok.

75642389_2791242710940417_6924410226674237440_o

“Mengenai keadaan persekitaran seperti rumput dan padang, kita akan cuba menyesuaikan diri dengan lebih lagi dan sepatutnya lebih selesa menjelang perlawanan.

Tidak Ambil Peduli Rekod Thailand Di Bukit Jalil

Ramai yang memperkatakan tentang rekod pasukan Thailand yang tidak berapa baik ketika bertemu Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil sejak 15 tahun lalu, Akira Nishino jelas tidak ambil pusing mengenai perkara seperti itu.

“Fokus kami disini adalah untuk menang perlawanan esok. Samada penyokong yang hadir ramai atau sedikit mungkin memberikan kesan kepada pasukan Malaysia. Tetapi, kita perlu fokus pasukan sendiri.

75521619_2791248487606506_4200475936723828736_o

“Saya mahu berterima kasih kepada penyokong bola sepak Thailand. Kami masih mempunyai misi penting menanti dan perlukan sokongan dari penyokong yang hadir ke stadium atau pun di rumah. Kita mampu bersatu untuk membawa pulang kemenangan.

Sebagai rekod, pertembungan Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil bermula pada 14 Disember 2004 dimana 2 gol Khalid Jamlus menumbangkan Thailand 2-1 ketika itu.

Seterusnya, Thailand hanya mampu mencatat keputusan seri 1-1 pada 9 Disember 2012 di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam kejohanan AFF Suzuki 2012, namun perlawnan timbal balik di Bangkok, pasukan Malaysia tumpas 2-0 di Supachalasai Stadium.

EC8pwVeUYAAOzOt

Tahun 2014 pula, ketika aksi kedua perlawanan akhir Piala AFF Suzuki 2014, 2 gol Charyl Chappuis berjaya membolehkan Thailand menjulang kejuaraan di Stadium Bukit Jalil walaupun Malaysia menang 3-2, namun keputusan agregat 3-4 berpihak kepada Thailand.

Terkini, dalam edisi AFF Suzuki 2018 yang lalu pasukan Malaysia dan Thailand seri tanpa jaringan diperingkat separuh akhir pertama di Stadium Nasional Bukit Jalil. Dan 2 gol ditempat lawan oleh Syahmi Safari serta Norshahrul Idlan Talaha berjaya mambawa Malaysia ke perlawanan akhir.

Secara keseluruhannya, pasukan Thailand tidak pernah mencatatkan sebarang kemenangan diatas padang Stadium Nasional Bukit Jalil sejak perlawanan pertama mereka pada 14 Disember 2004, dan rekod selama 15 tahun ini perlu dikekalkan dengan apa cara sekalipun.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Akira Nishino: Durasi Perlawanan Bola Sepak Di Negara Bukan ‘High Level’ Adalah Lebih Pendek

Akira Nishino: Kami Tidak Bimbang Mengenai Padang Stadium Nasional Bukit Jalil, Fokus Persiapan Pasukan

Tonggak Pertahanan Thailand, Manuel Tom Bihr Jangka Kemenangan Di Bukit Jalil Dan Seri Bertemu Vietnam

Kapten Thailand: Perbezaan Rumput Mungkin Beri Impak, Nittiphong Selanon Calon Utama Kekang Safawi-Sumareh

Sumber