Tonggak pertahanan pasukan Thailand yang kini beraksi bersama Bangkok United, Manuel Tom Bihr dalam satu kenyataan kepada media Thailand memberitahu bahawa dia menjangkakan kemenangan keatas Malaysia dan seri bertemu Vietnam di Hanoi.

“Kita perlu bermain 2 perlawanan dan saya harap untuk mengutip sekurang-kurangnya 4 mata. Ini adalah perlawanan yang besar untuk pasukan dan kita tidak boleh melepaskan mata dalam kedua-dua perlawanan ini nanti.

“Saya percaya kita mampu menang, jika tidak kemenangan keatas UAE tempoh hari akan menjadi usaha yang sia-sia akhirnya.

75603930_2782178798513475_4386007133657759744_o

Manuel Tom Bihr juga turut mahu penyokong pasukan Thailand akan datang ke stadium memberikan sokongan padu di stadium kerana ia sangat bermakna kepada pemain-pemain.

Manakala bekas kapten pasukan kebangsaan Thailand, Theerathon Bunmathan akan terlepas aksi bertemu Malaysia 2 hari lagi kerana menerima hukuman penggantungan 1 perlawanan, tetapi beliau juga turut menjangkakan Thailand akan membawa pulang 6 mata penuh dari 2 perlawanan – sentimen yang sama dilaungkan oleh pemain lain dalam pasukan.

“Saya merasa terkilan kerana tidak dapat membantu pasukan dalam perlawanan ini, namun saya yakin pemain lain mampu menyelesaikan tugas.

75204606_2789016971162991_7931854810939129856_o

Bagi pemain tengah berpengaruh, Sarach Yooyen pula berkata keyakinan pasukan cukup tinggi ketika ini.

“Kami telah berlatih dengan baik dan memahami taktikal dengan lebih baik sekarang. Saya rasa kami akan menjadi beraksi dengan lebih baik lagi.

“Saya mahu 6 mata dari 2 perlawanan, tetapi kita perlu mendapatkan keputusan yang baik dalam perlawanan bertemu Malaysia terlebih dahulu.

74571969_2786731154724906_8679599301388664832_o

Pemain tengah Buriram United, Supachok Sarachat yang juga penjaring 2 gol ketika berdepan Indonesia September lalu memberitahu rekod tanpa kemenangan di Stadium Nasional Bukit Jalil akan tamat 2 hari lagi.

“Saya tidak pernah beraksi bertemu dengan Malaysia dan saya tidak jangka ia perlawanan mudah pada hari Khamis nanti, tetapi kami bersedia untuk perlawanan itu.

“Kami tidak boleh memandang rendah pasukan tuan rumah (Malaysia), tetapi saya rasa fikir kita boleh mengubah rekod di venue (Stadium Nasional Bukit Jalil) ini.

Thailand akan bertembung dengan Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 14 November dalam aksi kelayakan Piala Dunia 2022 dan perlawanan ini adalah cukup penting bagi kedua-dua pasukan untuk meneruskan misi layak ke pusingan ke 3 kelayakan Piala Dunia 2022 serta menempah tempat dalam saingan Piala Asia 2023 di China.

Baca juga artikel berkaitan bola sepak Asia lain yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Thailand Umumkan Skuad 24 Pemain Terkuat Untuk Pertemuan Dengan Malaysia Dan Vietnam

Senarai 23 Pemain Malaysia Bertemu Thailand Dan Indonesia, 3 Pemain Digugurkan Termasuk Shahrel Fikri

Top 5 Kelab Thai League Yang Mencatat Kutipan Tiket Dan Jualan Merchandise Paling Tinggi Musim 2019.

Sumber