Skuad kebangsaan Thailand secara rasmi mengumumkan 24 pemain terakhir yang didaftar untuk menghadapi 2 perlawanan kelayakan Piala Dunia 2022 bertemu Malaysia dan Vietnam.

Berdasarkan senarai akhir yang dikeluarkan itu dapat dilihat ketua jurulatih Thailand, Akira Nishino memanggil skuad terkuat Thailand untuk memastikan mereka tidak tercicir untuk mengekalkan momentum dalam kumpulan G.

Senarai penuh 24 pemain Thailand yang akan berdepan cabaran pasukan Malaysia dan Vietnam pada 14 dan 19 November 2019 adalah seperti dibawah.

EIlLBUkU0AApebM

2 pemain yang kini beraksi dalam saingan J1 League iaitu Chanathip Songkrasin dan Theerathon Bunmathan turut berada dalam senarai, manakala Thitipan Puangchan tersisih selepas baru sahaja pulih dari kecederaan.

Paling menjadi tumpuan adalah pastinya kelibat penyerang utama Thailand, Teerasil Dangda yang semakin menjadi-jadi sejak dipanggil menyertai perlawanan pusingan kelayakan Piala Dunia selepas tersisih pada perlawanan pertama bertemu Vietnam.

74409569_2769408116457210_4686773686122840064_o
Teerasil Dangda hampir pasti menjadi penyerang utama Thailand untuk mencari gol skuad Gajah Putih dalam 2 perlawanan kelayakan bertemu Malaysia dan Vietnam.

Selain itu, prestasi memuncak Ekanit Panya yang baru menjulang kejuaraan Thai League 1 bersama Chiangrai United serta Suphachok Sarachat dilihat bakal menjadi ancaman utama kepada pasukan lawan mereka nanti.

Dengan ketiadaan Theerathon Bunmathan dalam perlawanan bertemu Malaysia akibat penggantungan mungkin sedikit sebanyak mampu melegakan kem Malaysia, namun perlu lebih berwaspada untuk memastikan 3 mata adalah milik Malaysia untuk terus mencabar kedudukan dalam kumpulan G.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah disediakan kepada anda sebagai peminat bola sepak sebenar.

Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal

‘Thais Strike Back’: Inisiatif Persatuan Bola Sepak Thailand (FAT) Galakkan Pemain Tempatan Menjaringkan Gol

Thai League 1: Purata Kehadiran Penonton Ke Stadium Musim 2019 Meningkat 27.6% Berbanding Tahun Sebelumnya