Sejurus saingan Thai League 1 menamatkan perlawanan terakhir mereka semalam, pihak penganjur telah mengeluarkan secara rasmi beberapa statistik bagi saingan liga musim 2019.
Salah satu dari statistik tersebut adalah data mengenai kehadiran penonton ke stadium sepanjang musim 2019 yang direkod dengan rapi untuk kegunaan pelbagai pihak bagi tujuan komersil diperingkat liga serta kelab khususnya.
Musim 2019 dalam saingan Thai League 1, sebanyak 240 perlawanan telah dilangsungkan dan jumlah keseluruhan penonton yang hadir ke stadium adalah seramai 1,367,681 orang, peningkatan sebanyak 1,184 orang berbanding musim 2018.
Nota: Musim 2018, saingan Thai League 1 mempunyai 18 pasukan bertanding, manakala musim 2019 adalah sebanyak 16 pasukan sahaja.
Purata secara keseluruhan pula menyaksikan peningkatan kehadiran penonton ke stadium meningkat sebanyak 1,233 orang atau 27.6% berbanding tahun sebelumnya.
Buriram United kekal sebagai pasukan yang mempunyai rekod kehadiran paling tinggi dengan jumlah keseluruhan 203,374 orang penonton hadir ke Chang Arena dengan rekod 32,538 orang penonton adalah rekod tertinggi bagi ketika perlawanan bertemu Port FC. Secara purata pula, setiap perlawanan Buriram United memiliki 13,558 orang penonton.
Dari segi perubahan berbanding musim 2018, berdasarkan jadual diatas kita dapat lihat dengan jelas bahawa hanya 2 pasukan sahaja yang tidak mencatatkan pertumbuhan positif iaitu PT Prachuap serta Sukhothai FC dimana masing-masing merekodkan pertumbuhan kehadiran yang negatif.
3 buah pasukan yang dinaikkan ke saingan Thai League 1 pada musim 2019 iaitu Trat FC (+184.2%), PTT Rayong (99.4%) serta Chiangmai FC (117.2%) merekodkan pertambahan yang cukup agresif dimana kehadiran penonton ke stadium mereka meningkat begitu mendadak.
Data kehadiran penonton ke stadium ini mungkin dilihat sebagai perkara yang ‘biasa’ tetapi untuk sesebuah liga dan kelab berkembang lebih positif, data ini memainkan peranan cukup besar dalam proses survival kelab.
Kepentingan data ini kepada penganjur liga bola sepak Thailand dapat dilihat dengan jelas apabila mereka mengeluarkan statistik rasmi sebaik sahaja perlawanan terakhir liga tamat dan membuktikan mereka ‘mengambil berat’ tentang hal ini.
Soalan yang mungkin boleh diajukan berkaitan scene bola sepak Malaysia adalah dimana data kehadiran penonton ke stadium dalam saingan Liga Super Malaysia 2019 dan juga perbandingan dengan musim-musim sebelumnya untuk tatapan umum?
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk rujukan anda.
Police Tero FC Berjaya Layak Ke Saingan Thai League 1, Peluang Baik Dominic Tan Jika Kekal
Kelab Thai League 1, Ratchaburi Mitr Phol Lantik Jurulatih Wanita Hadapi Saingan Musim 2020