BG Pathum United semalam telah berjaya mengadakan satu majlis memperkenalkan pemain-pemain mereka yang akan beraksi dalam musim 2020 dengan penuh kemeriahan dengan pelbagai acara menarik bermula pada jam 3 petang lagi.
Acara kemuncak kepada majlis itu adalah sesi memperkenalkan secara rasmi pemain-pemain yang akan membawa cabaran kelab BG Pathum United dalam saingan Toyota Thai League serta saingan piala peringkat domestik yang lain.
Bagi peminat bola sepak di Malaysia, kelibat Norshahrul Idlan Talaha memang akan menjadi bualan terutamanya dilaman sosial sperti Twitter, Facebook dan juga Instagram.
Dalam satu video majlis tersebut, gerak-geri Mat Yo telah menarik perhatian para peminat bola sepak negara sehingga ada yang mengatakan dari pandangan sisi, Mat Yo kelihat seperti Eden Hazard malah ada yang turut menyatakan mirip kepada Raheem Sterling.
Anda boleh menonton video tersebut dalam pautan yang telah kami sediakan dibawah.
Walaupun dapat diperhatikan dalam ruangan komen, pelbagai reaksi ditujukan kepada Mat Yo dalam video tersebut, namun itu adalah sekadar gurauan para peminat.
Mereka sebenarnya gembira dan teruja melihat seorang pemain bola sepak tempatan yang disegani kini beraksi dengan pasukan diluar negara dalam liga bola sepak terbaik di rantau Asia Tenggara.
Semoga Mat Yo akan beraksi dengan penuh bersemangat bersama BG Pathum United serta bebas dari kecederaan, kerana beliau masih berpeluang dipanggil untuk menyertai kem pasukan kebangsaan jika diperlukan.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Lihat Rekaan Bergaya Bilik VIP Stadium Mini Kelab Divisyen 4 Jepun Yang Mampu Kita Ambil Inspirasi