Tiga wakil Asean iaitu Johor Darul Ta’zim (JDT), BG Pathum United dan Lion City Sailors berjaya mencipta kejutan dalam saingan AFC Champions League (ACL) 2022 apabila menewaskan kelab dari Liga Korea.
Pada perlawanan minggu kedua, JDT berjaya menewaskan juara edisi 2020, Ulsan Hyundai dengan keputusan 2-1 manakala BG Pathum United menundukkan juara Piala FA Korea, Jeongnam Dragons dengan keputusan 2-0 dan satu lagi pasukan iaitu Lion City Sailors menewaskan Daegu FC dengan keputusan 3-0.
Kejutan pada perlawanan kedua @TheAFCCL hari ini, tiga kelab dari Korea Selatan tumbang kepada pasukan dari Asia Tenggara.#ACL2022 pic.twitter.com/xqniPZvyVN
— VOCKET FC (@vocketfc) April 18, 2022
Kekalahan tiga kelab Korea ini nyata sukar diterima oleh media negara tersebut dimana mereka menganggap ianya merupakan hari paling memalukan dan juga hari kegagalan bagi Liga Korea.
Pasukan yang mendapat kritikan paling pedas ialah Daegu dimana mereka menang besar 7-0 ke atas kelab China, Shandong Luneng pada perlawanan pertama namun gagal untuk mengulangi prestasi sama ketika berdepan Lion City.
“Lawan mereka menyerang dari segala arah namun Daegu hanya mengharapkan gerakan serangan balas. Bagi Ulsan, sukar untuk diterima mereka hanya mengutip 1 mata selepas menghadapi dua perlawanan,” dipetik dari salah satu media iaitu Coshun.
Kekalahan kepada wakil Asean menyebabkan tiga kelab Korea ini berada di kedudukan yang sedikit sukar dimana mereka menduduki tangga ketiga dalam kumpulan F (Daegu), kumpulan G (Jeongnam Dragons) dan kumpulan I (Ulsan Hyundai).
Selepas ini, Ulsan akan turun menentang Guangzhou manakala Daegu akan berdepan Urawa Reds Diamond dan Jeongnam akan berdepan Melbourne City. JDT akan berdepan juara Liga Jepun, Kawasaki Frontale, BG Pathum akan turun menentang United City FC dan Lion City akan berdepan Shandong Luneng.
Baca artikel lain mengenai perkembangan saingan AFC Champions League (ACL) di sini:
JDT Kutip RM425,455 Dari 2 Kemenangan, Peluang ‘Sailang’ MA Ranking Vietnam Dan Thailand
Chanathip Songkrasin Gerun Dengan Kelibat Safawi, Akui JDT Pasukan Yang Kuat