Banyak perkara yang telah mencuri perhatian penyokong pasukan Kawasaki Frontale sejak tiba di Malaysia untuk mengharungi saingan kumpulan I, AFC Champions League 2022 di Johor Bahru.
Paling mendapat perhatian adalah ketika pasukan juara J1 League itu dalam perjalanan ke Stadium Tan Sri Dato’ Hj Hassan Yunos, dimana bas yang membawa pemain dan pegawai pasukan Kawasaki Frontale diiringi oleh sebuah kereta peronda PDRM bagi melancarkan perjalanan.
Pelbagai reaksi diterima melalui laman sosial kelab yang rata-ratanya teruja melihat perkara itu berlaku kepada sebuah kelab bola sepak asing di Johor Bahru.
ホテルからスタジアムへの移動中の動画をどうぞ。
ジョホールバルは交通量が多く、渋滞していることも多々あるのですが、ACLでは警察車両の先導つき。
パトカーがどんどん進んで行くので、「大丈夫なの??」と少し怖さもあります。
日本では見られない光景ですね。
【広報】#frontale pic.twitter.com/Yke1Bf379V— 川崎フロンターレ (@frontale_staff) April 19, 2022
“Rasa macam raja!”
王様感✨✨✨✨✨✨✨✨✨
— lovebell.12.onodera 💚💙⚽ (@lovegreenblue12) April 19, 2022
“Orang penting kerajaan pun bukan tapi perkara macam ni berlaku, sungguh menakjubkan! Lebih-lebih lagi bagi sebuah kelab bola sepak.”
政府要人でもないのにこんなのがまかり通るのはすごいな
ましてや外国の一サッカーチームに#frontale https://t.co/AMx5w82uHS— ÑÑÑ (@A93405283) April 19, 2022
“Layanan VIP yang sangat hebat!”
“Tak dapat benda macam ni kalau di Jepun.”
“Tepi, tepi, pemain bola nak lalu!”
Inilah sebahagian reaksi penyokong kelab Kawasaki Frontale yang melihat video bagaimana kereta peronda PDRM mengiringi bas pasukan mereka melalui jalan yang agak sesak menuju ke stadium 2 hari yang lalu.
Mungkin pada kita perkara ini adalah biasa atau ‘takde apa pun’, tetapi untuk orang luar ia adalah sesuatu yang luar dari kebiasaan mereka.
Pasukan JDT akan turun berdepan Kawasaki Frontale esok bagi melengkapkan separuh pertama perlawanan kumpulan I saingan AFC Champions League 2022.
Baca juga artikel-artikel lain yang telah kami sediakan untuk anda seperti dibawah.
JDT Kutip RM425,455 Dari 2 Kemenangan, Peluang ‘Sailang’ MA Ranking Vietnam Dan Thailand
JDT Kukuhkan MA Ranking Malaysia, Bawa Pulang Wang Tunai RM211,774 Selepas Benam Guangzhou FC