Pemegang Ijazah Sarjana Muda Lanskap dari Tokyo University of Agriculture, yang juga pemain kelab Ceres Negros FC, Takashi Odawara begitu teruja untuk turun beraksi dalam perlawanan play-off AFC Champions League 2020 bertemu FC Tokyo.
Takashi Odawara yang dilahirkan di Fuchu, Tokyo hanya beraksi dengan beberapa kelab kecil disekitar ‘kampung’ beliau sebelum bermain dengan pasukan universiti.
Berdasarkan peraturan yang ditetapkan oleh J.League, setiap kelab wajib memiliki ‘hometown’ sendiri dan untuk FC Tokyo pula mereka memiliki 6 buah bandar yang disenaraikan sebagai hometown iaitu Fuchu, Mitaka, Chofu, Kodaira, Nishi Tokyo dan Koganei.
府中出身の生粋のFC東京ファン。
小さい頃から見てた味スタでの試合。
そこに自分が立ってプレーする。
タイポートFCに勝利しFC東京への試合へと駒を進めました! pic.twitter.com/m96ktTnVdM— 小田原 貴 / Odawara Takashi (@odawara1203) January 21, 2020
Bagi Takashi Odawara, sejak dari lahir keluarga mereka merupakan peminat tegar FC Tokyo dan beliau sendiri menyatakan bahawa dia adalah penyokong kuat FC Tokyo, hadir dan memberikan sokongan di stadium dan sebagainya.
Namun, minggu depan bukanlah sesuatu yang biasa Takashi Odawara yang tidak pernah beraksi secara profesional di Jepun kerana bakal turun dengan misi untuk menewaskan kelab yang disokong olehnya sendiri, keluarga dan sahabat handai untuk meneruskan cabaran Ceres Negros dalam AFC Champions League.
🔵🔴
ポートFC 0-1 セレス・ネグロス
つ〜ことで、来週のACLプレーオフの東京の相手はフィリピン🇵🇭のセレスになりました。
東京ファンの小田原くんのメッセージをお聞きください‼️
でも、負けね〜ぞ!w
YNWA#tokyo12 #朝日旅 #セレス pic.twitter.com/742JfRbhcP
— ASAHI UEDA🇯🇵植田朝日 (@ASAHIMAN2010) January 21, 2020
Dalam ucapan yang dirakam oleh seorang penyokong Jepun yang hadir di Bangkok semalam, Takashi Odawara menyatakan bahawa ia adalah satu mimpi yang menjadi kenyataan untuk dirinya (bakal beraksi di Ajinomoto Stadium) dan menyatakan bahawa beliau akan mempamerkan aksi yang terbaik dihadapan penyokong FC Tokyo nanti.
Lebih menarik, Takashi Odawara ini tidak pernah beraksi untuk mana-mana pasukan sekolah tinggi, akademi kelab J.League melainkan kelab-kelab kecil disekitar kampungnya sahaja.
Dan perlawanan pada minggu hadapan jelas akan membuka mata ramai penyokong bola sepak FC Tokyo bahawa mereka sebenarnya mempunyai seorang lagi pemain yang tidak kurang hebatnya.
Perlawanan bertemu Port FC semalam adalah perlawanan antarabangsa kedua beliau selepas kali pertama melaluinya ketika Ceres Negros bertemu Shan United pada 14 Januari yang lalu.
Baca juga artikel lain dibawah berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.