Pasukan kebangsaan UAE, menerima satu berita yang cukup dinantikan apabila penyerang berasal dari Argentina yang kini beraksi untuk kelab Al-Wahda, Sebastian Lucas Taglibue sah menerima taraf kewarganegaraan UAE.
Penyerang yang sudah beraksi selama 7 musim dengan pasukan Al-Wahda itu kini berada dalam keadaan terbaik untuk memecahkan rekod penjaring terbanyak liga sepanjang zaman yang dipegang oleh Fahad Khamees dengan jumalh 166 gol.
Sebastian Taglibue, kini telah berjaya merekodkan jumlah keseluruhan 146 gol dalam saingan liga dan hanya dipisahkan dengan perbezaan 20 gol sahaja untuk memegang status penjaring terbanyak sepanjang zaman UAE Pro League.
Dengan musim liga di UAE yang sudah hampir separuh musim bermula, Sebastian Taglibue dijangka akan dapat memecahkan rekod itu awal musim hadapan selewat-lewatnya.
Berikut adalah rekod jaringkan Sebastian Taglibue sejak menyertai kelab Al-Wahda pada musim 2013-2014;
- Musim 2013-14: 28 gol
- Musim 2014-15: 15 gol
- Musim 2015-16: 25 gol
- Musim 2016-17: 19 gol
- Musim 2017-18: 23 gol
- Musim 2018-19: 27 gol
- Musim 2019-20: 9 gol
Namun, apa yang lebih membimbangkan adalah Sebastian Taglibue berkemungkinan akan dapat diturunkan oleh pasukan kebangsaan UAE ketika perlawanan bertemu Malaysia yang dijadualkan akan berlangsung di Dubai pada hujung bulan Mac nanti untuk pusingan kelayakan 2 Piala Dunia 2022 dan Piala Asia 2023.
Selain pemain penyerang berbisa tempatan mereka iaitu Ali Mabkhout, pasukan kebangsaan UAE juga turut mengesahkan akan dapat menggunakan seorang lagi penyerang naturalisasi dari Brazil iaitu Caio Canedo Correa, penyerang kelab Al-Ain FC.
Caio Canedo yang sebelum ini terpalit dengan isu berkaitan taraf kewarganegaraan Timor Leste, telah menerima pasport UAE pada hari Isnin dan beberapa berita dari Timur Tengah turut melaporkan bahawa seorang pemain Al-Wasl FC dari Brazil iaitu Fabio Virginio de Lima juga akan menerima taraf kerakyatan UAE tidak lama lagi.
Jika kesemua 3 orang pemain naturalisasi dari Amerika Selatan ini layak diturunkan dalam perlawanan bertemu Malaysia pada 26 Mac 2020 nanti, pastinya ia akan menjadikan tugas Malaysia lebih berat untuk mengatasi UAE untuk mengutip 3 mata penuh sebelum melayan kunjungan Vietnam pada 31 Mac 2020.
Mungkin dengan kehadiran beberapa orang pemain naturalisasi dalam pasukan Malaysia seperti yang disiarkan beberapa minggu yang lalu mampu sedikit sebanyak membantu kekuatan pasukan kebangsaan Malaysia ketika berentap dengan pasukan UAE nanti.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Kipre Tchetche Berpeluang Jadi Pemain Naturalisasi Harimau Malaya Pada Tahun 2021
FIFA Bakal Umumkan Keputusan Proses Naturalisasi Liridon Krasniqi Dan Guilherme De Paula