Skuad Kebangsaan Emiriyah Arab Bersatu (UAE) telah memulakan sesi latihan pusat mereka semalam sebagai persiapan menghadapi kempen kelayakan Piala Dunia 2022 pada bulan Jun ini.

Malaysia dijadualkan bertemu UAE pada 3 Jun di Dubai yang berlangsung secara karnival untuk menentukan dua pasukan teratas daripada kumpulan G mara ke pusingan seterusnya.

ExLXRW3UUAUfsk4
FOTO: UAE FA

Pasukan kendalian Bert Van Marwijk itu tekad menjadikan Malaysia sebagai mangsa yang pertama bagi mencerahkan peluang untuk mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia 2022.

“Kami sedang buat persiapan rapi untuk menghadapi Malaysia. Saya beritahu pemain saya, perlawanan itu wajib menang.

“Kami bekerja untuk dua sisi, pertama meningkatkan kefahaman pemain dan membiasakan diri dengan corak permainan dan kedua bermain dengan semangat juang yang tinggi dalam setiap perlawanan terutamanya perlawanan pertama kelayakan,” kata Van Marwijk dipetik dalam The National.

ExLXlHBUcAQ1vKY
FOTO: UAE FA

Seramai 28 pemain telah dipanggil ke kem latihan pusat UAE dan mereka turut menyenaraikan 3 pemain naturalisasi iaitu Fabio De Lima, Sebastian Tagliabue, dan Caio Canedo. Lebih mengejutkan, bintang tengah, Omar Abdul Rahman tidak tersenarai kali ini kerana mengalami kemerosotan prestasi.

Mereka bakal menentang India dalam perlawanan persahabatan antarabangsa pada 29 Mac ini di Stadium Zabeel dan ia juga merupakan kesempatan terbaik untuk pengendali Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe menilai kekuatan serta kelemahan pasukan itu melalui rakaman video.

“Kami sedang berusaha untuk meningkatkan keharmonian dalam pasukan, dan saya  benar-benar gembira dengan kem latihan ini. Dan saya lebih gembira dengan semangat pemain dan perjuangan mereka untuk merebut tempat dalam kesebelasan utama.

“Para pemain sudah mula memahami gaya permainan yang ingin saya terapkan. Ia sangat penting pada tahap ini, tetapi pasti memerlukan masa untuk mencapai apa yang kita semua mahukan,” tambahnya.

Berdasarkan kedudukan semasa, UAE ketinggalan 5 mata di belakang pendahulu kumpulan, Vietnam dan mereka mempunyai baki satu lagi perlawanan. Jika gagal raih 3 mata berharga, peluang mereka untuk mara ke pusingan ketiga akan tertutup.

Senarai 28 pemain UAE di kem latihan pusat bulan Mac 2021

Ali Khasif, Muhammad Al Shamsi, Khaled Issa, Fahd Al-Dhanhani, Bandar Al-Ahbabi, Shaheen Abdul Rahman, Walid Abbas, Mahmoud Khamis, Khalifa Al Hammadi, Hassan Al-Mahrami, Al-Hassan Saleh, Salem Rashid, Muhammad Al-Attas, Ali Salmeen, Abdullah Al-Naqbi, Yahya Nader, Abdullah Ramadan, Majid Hassan, Fabio de Lima, Khalfan Mubarak, Caio Canedo, Khalil Al-Hammadi, Tahnoun Al-Zaabi, Muhammad Jumaa Eid, Yahya Al-Ghassani, Ali Mabkhout, Sebastian Tegali dan Zayed Al-Ameri.

Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia melalui pautan dibawah. 

Qatar Dan Australia Tarik Diri Dari Saingan Copa America

Pemilik Jiangsu FC Sanggup Jual Kelab Dengan Harga Satu Sen

Datuk Rajagobal Diperkenalkan Secara Rasmi Sebagai Ketua Jurulatih Brunei