Dua pasukan dari Asia, Qatar dan Australia yang dijadualkan beraksi dalam saingan Copa America edisi 2021 memutuskan untuk menarik diri dari kejohanan tersebut.
Perkara ini disahkan oleh Setiausahan Agung Konfederasi Bola Sepak Amerika Selatan (CONMEBOL) kerana kedua-dua pasukan mahu memberi fokus kepada kelayakan Piala Dunia 2021/Piala Asia 2023.
#CONFIRMED: Australia and Qatar, the two non-South American sides due to take part in this year's Copa América, have pulled out of the tournament, the secretary general of the South American Football Confederation (CONMEBOL) said on Tuesday. pic.twitter.com/j348LGWPzf
— Asian Football (@AsianFootballs) February 24, 2021
Argentina dan Colombia dipilih sebagai tuan rumah bagi saingan edisi tahun ini yang akan berlangsung pada bulan Jun dan Julai.
Namun, setelah Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) menunda tarikh baki perlawanan kelayakan pusingan kedua pada bulan Jun, maka Qatar dan Australia tidak dapat menghantar pasukan bagi beraksi di Copa America.
Pasukan dari Asia sering mendapat jemputan bagi beraksi di saingan Copa America bagi beraksi menentang 10 pasukan dari benua itu seperti Brazil, Argentina, Uruguay dan Chile.
Pada edisi 2019, Qatar dan Jepun beraksi dalam kejohanan tersebut dimana Qatar diundi dalam kumpulan B bersama Colombia, Argentina dan Paraguay.
Manakala Jepun yang menghantar pasukan muda mereka diundi dalam kumpulan C bersama Uruguay, Chile dan Ecuador.
Namun kedua-dua pasukan ini gagal melepasi peringkat kumpulan serta tidak berjaya memenangi sebarang perlawanan.
Baca artikel lain mengenai perkembangan bola sepak Asia di sini:
Arthur Melo Ucap Tahniah Sempena Ulang Tahun Pertama Stadium Sultan Ibrahim