Pemain tengah Juventus, Arthur Melo mengucapkan tahniah kepada pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) sempena ulang tahun pertama Stadium Sultan Ibrahim.
Perkara ini dikongsikan oleh pihak kelab menerusi satu video di laman media sosial rasmi pasukan pada semalam.
THANK YOU ARTHUR MELO
Juventus midfielder Arthur Melo congratulated HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor and Johor Darul Ta'zim FC (JDT) on the first year anniversary of the Sultan Ibrahim Stadium yesterday.
[1/2] pic.twitter.com/f2hCW8O0qM
— JOHORSouthernTigers (@OfficialJohor) February 23, 2021
Ucapan tahniah dari Arthur Melo ini terhasil setelah kedua-dua kelab menjalin kerjasama bermula pada 2019 lalu dimana Juventus dan JDT saling bertukar idea mengenai kepakaran san juga ilmu mengenai bola sepak.
Delegasi JDT telah membuat lawatan ke Juventus sebanyak dua kali pada 2019 malah ketua jurulatih skuad Harimau Selatan, Benjamin Mora juga mendapatkan lesen pro beliau di Turin.
Selain itu, SSI juga mendapat pengiktirafan apabila tersenarai bagi anugerah ‘Stadium of the Year 2020’ yang akan diberikan oleh Stadium DB.
Stadium Sultan Ibrahim adalah stadium pertama di Malaysia yang dicalonkan dan merupakan antara 20 stadium di seluruh dunia yang tersenarai untuk edisi semasa.
Baca artikel lain mengenai perkembangan Liga Malaysia di sini:
Thomas Dooley Sifatkan Sri Pahang Sudah 70 Peratus Bersedia Hadapi Musim 2021
Matlamat Dan Falsafah Kelab Jadi Faktor Utama Manuel Konrad Sertai Selangor FC
Benjamin Mora Sifatkan Safiq Rahim Sebagai Salah Satu Aset JDT