Kenyataan yang dikeluarkan oleh ketua jurulatih skuad kebangsaan UAE, Bert van Marwijk mengenai padang Stadium Nasional Bukit Jalil yang membantutkan tempo serta permainan pantas bola sepak pantas dibidas oleh Brendan Gan sejurus sebelum berangkat dari stadium.
Apabila diajukan soalan mengenai komen yang dikeluarkan oleh Bert van Marwijk itu, Brendan Gan menjelaskan bahawa dia boleh komen apa sahaja yang dia mahukan dan padang bola sepak berbeza di seluruh dunia.
“Tidak ada masalah, dia boleh kata apa sahaja yang dia mahu. Padang bola sepak itu berbeza di seluruh dunia. Anda tidak boleh merungut.
“Kita semua beraksi dalam padang yang sama. Kita akan turun beraksi ditempat mereka, di padang mereka juga nanti dan kita tidak tahu bagaimana keadaannya.
Brendan Gan turut menegaskan bahawa pemain-pemain perlu menyesuaikan diri dengan keadaan setiap padang ketika perlawanan berlangsung dan pasukan perlu mengelak dari mengeluarkan alasan-alasan sebegitu.
“Pemain-pemain perlu cepat menyesuaikan diri dengan keadaaan padang dan pemain yang bagus mampu melakukannya. Pasukan perlu cuba mengelak dari menggunakan alasan-alasan seperti ini.
Bulan lalu, Pengerusi Perbadanan Stadium Malaysia (PSM) Tan Sri Tony Fernandes menyatakan beliau masih mengkaji rumput yang terbaik untuk digunakan.
Menurut beliau kajian tersebut dijalankan dengan kerjasama UPM terhadap 6 jenis rumput yang akan dipilih nanti namun eksperimen mengenai rumput mana yang paling sesuai untuk itu akan mengambil masa kira-kira 1 tahun ataupun lebih panjang.
Baca artikel lain mengenai padang Stadium Nasional Bukit Jalil dibawah.
Bert van Marwijk: Stadium Cantik Tapi Padang Tidak Memuaskan
Tony Fernandes Dedahkan Sedang Kaji 6 Jenis Rumput Untuk Padang Stadium Nasional Bukit Jalil