Walaupun kecewa akibat penggantungan beliau dalam perlawanan bertemu UAE pada 26 Mac 2020 nanti, Brendan Gan mempunyai keyakinan penuh dengan pemain-pemain yang ada dalam skuad kebangsaan untuk menggalas tugas dalam misi mencari 3 mata berdepan anak buah Bert van Marwijk.

Brendan Gan ketika ditemu bual oleh pihak media semalam menjelaskan bahawa pemain-pemain perlu sentiasa berfikiran positif dengan kualiti yang kita ada dan faham bahawa pasukan Malaysia mempunyai kualiti.

“Menjelang perlawanan akan datang, kita perlu berfikiran positif dengan kualiti yang kita ada dan faham kita mempunyai kualiti secara berpasukan. Kita bukan pasukan yang kerdil lagi.

“Kita semakin berkembang dan semakin baik dibawah coach Tan Cheng Hoe dan pemain-pemain sudah mula percaya dengan perkara itu. Bila kita mempunyai kepercayaan, itu adalah dimana kita menjadi sebuah pasukan yang besar.

Seperti dalam artikel yang diterbitkan sebelum ini, Brendan Gan sah tidak akan beraksi dalam pertemuan dengan UAE akibat penggantungan 1 perlawanan selepas dilayangkan kad kuning bertemu Indonesia semalam.

Menurut beliau lagi, dia akan pulang ke Australia untuk bersama keluarga terutamanya isterinya yang baru sahaja melahirkan anak sebelum kembali melakukan persiapan menghadapi liga musim 2020.

Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.

Safawi Rasid: Saya Tidak Puas Dengan Aksi Diberikan, Perlu Pertingkatkan Lagi Prestasi Untuk Malaysia

Brendan Gan Digantung 1 Perlawanan, Terkilan Terlepas Perlawanan Penting Bertemu UAE Tahun Hadapan

6 Pemain Malaysia Yang Berisiko Terlepas Perlawanan Dengan UAE Jika Kutip Kad Kuning Kedua Malam Ini