Baru-baru ini timbul khabar angin di media sosial yang mengatakan pemain import Kedah iaitu Kipre Tchetche dan Endrick Dos Santos bakal dinaturalisasikan bagi memperkuatkan skuad Harimau Malaya pada masa yang akan datang.

Namun, ia pantas dinafikan oleh Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Stuart Ramalingam yang mengesahkan hanya Guilherme De Paula dan Liridon Krasniqi sahaja dicalonkan untuk proses naturalisasi setakat ini.

“Dua nama yang diumumkan secara rasmi ialah Liridon dan Guilherme. Untuk nama pemain lain, ia hanya spekulasi dan bukan daripada FAM.

“Selain memenuhi kriteria FIFA iaitu dimana pemain itu perlu bermain dalam sesebuah negara selama 5 tahun untuk layak dinaturalisasikan, kami juga sedang melihat jika ia dapat membantu untuk memperkuatkan pasukan kebangsaan,” katanya dalam The Star.

80555749_1538563362973624_6435799079040581632_o
FOTO: JST

Liridon yang telah menyertai juara Liga Super 2019, Johor Darul Ta’zim (JDT) pada bulan lalu semakin hampir mendapat pasport Malaysia dalam masa terdekat.

Bagaimanapun, FAM juga membayangkan kemungkinan tidak ada lagi pemain naturalisasi dalam tempoh 2 tahun yang akan datang berikutan kesukaran untuk mencari pemain yang benar-benar berkualiti bagi mewakili skuad kebangsaan.

“Sebagai contoh, Michael Ijezie (bekas penyerang UKM) dianggap calon terbaik untuk dinaturalisasikan tetapi kami tidak meneruskannya kerana dia tidak dapat memenuhi tahap teknikal pasukan kebangsaan.

“Liridon kelihatan lebih bersedia untuk mendapatkan pasportnya tidak lama lagi, manakala dalam kes De Paula, kami masih menunggu maklum balas daripada AFC dan FIFA, kerana dia bermain beberapa bulan di Cyprus di tengah-tengah lima tahun di Malaysia,” jelas Stuart.

Lagi artikel menarik mengenai perkembangan Liga Malaysia 2020 melalui pautan dibawah. 

Johor Darul Ta’zim Tandatangani Fernando Rodriguez Dan Kei Hirose

Juara Liga Kemboja Tewaskan Selangor 4-0 Dalam Perlawanan Pra-Musim Di Stadium Selayang

Dickson Nwakaeme Mahu Bermain Dengan Pahang Secara Percuma Tanpa Gaji?

Sumber