Dalam satu video yang dimuat naik di laman sosial Instagram oleh pasukan Johor Darul Ta’zim beberapa jam lalu, dapat diperhatikan dengan jelas kelibat pemain Liridon Krasniqi yang menjalani latihan pertama skuad itu petang tadi.
Tiada maklumat lanjut diperolehi setakat ini tetapi visual tersebut menguatkan lagi desas desus bahawa Liridon Krasniqi bakal muncul sebagai pemain naturalisasi terbaru Malaysia pada tahun hadapan.
Selain itu, satu akaun Twitter yang menggunakan nama Kosovans Abroad memuat naik satu status yang menyatakan bahawa Liridon Krasniqi bakal muncul sebagai pemain Albania pertama menyarung jersi pasukan negara Asia.
Akaun itu juga menyebut bahawa Naib Presiden FAM, Datuk Wira Yusoff Mahadi juga memberitahu kini sedang menanti maklum balas dari FIFA (mengenai status Liridon Krasniqi menyarung jersi Malaysia), dan dijangka beliau akan bersedia untuk pasukan kebangsaan pada tahun 2020.
🇲🇾🇽🇰🇦🇱 | Liridon Krasniqi is set to become the first Albanian to represent an Asian country!
“In terms of Liridon we are still waiting for word from Fifa, he will be available for the national team 2020”
🇲🇾FAM president Datuk Yusoff Mahadi.
Albanians are truly everywhere… pic.twitter.com/syB806t9ou
— Kosovars Abroad (@KosovarsAbroad) December 5, 2019
Jika apa yang dikatakan oleh Kosovans Abroad itu benar, maka Liridon Krasniqi bakal muncul sebagai pemain naturalisasi kedua Malaysia selepas Mohamadou Sumareh dan dijangka dapat memperkuatkan pasukan kebangsaan Malaysia dalam pusingan kelayakan Piala Dunia 2022 nanti.
Baca juga artikel lain berkaitan bola sepak Asia yang telah kami sediakan untuk anda sebagai rujukan.
Gol Terbaik AFC Champions League 2019 Milik Safawi Rasid Mengikut Keputusan Undian Semasa
Malaysia Bakal Terima 1 Slot Automatik Peringkat Kumpulan AFC Champions League Mulai Musim 2021
FIFA Ranking: Malaysia Melonjak 4 Kedudukan Ke Ranking 154 Dunia, Vietnam Kekal Dalam Top 100