Skuad Thailand kini sudah berada di Dubai, UAE untuk melakukan persiapan rapi menjelang kempen Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 pada bulan Jun ini.

Pengendali pasukan itu, Akira Nishino telah menyenaraikan 39 orang pemain termasuk dua pemain dari luar negara iaitu Chanathip Songkrasin (Consadole Sapporo) and Thanawat Suengchitthawon (Leicester City).

Bagaimanapun, beliau masih kecewa apabila seorang lagi pemain berkualiti dari Kelab Yokohama F. Marinos, Theerathon Bunmathan memilih untuk tarik diri daripada menyertai pasukan itu dengan memberikan alasan COVID-19.

“Saya sangat sedih dia tidak berada disini. Theerathon adalah pemain yang berkualiti dan antara kekuatan utama dalam skuad Thailand. Ketiadaannya memaksa kami mencari pemain lain dan mereka perlu buktikan kemampuan untuk berada dalam senarai akhir,” kata Akira.

186462091_4323324127732260_5585775474541599320_n
FOTO: Changsuek

Theerathon berdepan kesukaran dengan beberapa prosedur berkaitan wabak COVID-19 yang dikuatkuasakan oleh kerajaan Jepun.

Antara halangan itu termasuklah tempoh kuarantin wajib 14 hari yang menyebabkan beliau tidak sempat sertai pasukan itu ditambah pula dengan kebimbangan tahap kecergasan untuk kembali bersama kelab serta kebarangkalian jangkitan wabak COVID-19 itu sendiri kepada orang lain.

Mengulas mengenai sebab seramai 39 orang pemain dibawa ke UAE, Akira menjelaskan sesi latihan mereka di Thailand terjejas disebabkan oleh penularan wabak COVID-19 sekaligus menggangu usaha beliau untuk memilih barisan terbaik.

186553507_4323330374398302_8544696815138665843_n
FOTO: Changsuek

“Kami berkumpul pada 3 Mei tetapi beberapa pemain disahkan positif COVID-19 lalu menyebabkan sesi latihan pasukan terpaksa dibatalkan dan perlu menjalani proses kuarantin selama 14 hari.

“Kami benar-benar tidak dapat berlatih dengan baik di Thailand dan sekarang saya perlu bawa semua pemain ini ke UAE untuk memilih 25 pemain akhir,” jelas Akira Nishino.

Thailand dijadualkan menentang Oman pada 25 mei sebelum menghadapi Tajikistan (29 Mei). Dua perlawanan ini merupakan medan untuk Akira Nishino memilih barisan pemain yang mantap pada perlawanan menentang Indonesia, UAE dan Malaysia.

Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022.

Tak Ikut Diet Pemakanan Yang Ditetapkan, Shin Tae-yong Pulas Telinga Pemain Indonesia

Kem Vietnam Resah, Seorang Lagi Pemain Cedera Patah Tulang Kaki

UAE Umum 35 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat, Omar Abdulrahman Tiada Dalam Senarai