Skuad Indonesia merupakan antara pasukan terawal yang sudah tiba di Dubai, UAE bagi menghadapi baki saingan kumpulan G Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.
Malah, barisan pemain dibawa kali ini cukup berbeza kerana kebanyakannya merupakan muka baharu yang terdiri daripada pemain muda dan 80 peratus daripadanya tidak mempunyai penampilan antarabangsa dengan skuad Garuda.
Ini kerana jurulatih Indonesia dari Korea Selatan, Shin Tae-yong dalam proses untuk membina pasukan yang mantap dan beliau mahu memastikan fizikal pemainnya berada di tahap terbaik serta sangat tegas dengan soal pemakanan.
Gara-gara kerana memilih menu makanan yang salah ketika di hotel penginapan, seorang pertahanan Indonesia, Rifad Marasabessy menjadi mangsa pertama dihukum oleh Shin Tae-yong dengan bertindak pulas telinga pemain itu sebagai satu pengajaran agar kekal berdisiplin ikut diet pemakanan yang telah ditetapkan.
“Untuk meningkatkan tahap fizikal, pemain perlu amalkan diet pemakanan yang betul. Tadi ada pemain tidak ikut menu yang ditetapkan, maka saya tegur sedikit.
“Harus makan makanan yang tinggi protein, supaya keadaan fizikal mereka meningkat,” kata Shin Tae-yong di YouTube PSSI.
Penyerang prolifik Indonesia, Osvaldo Haay turut mengakui sesi latihan yang dikendalikan oleh Shin Tae-yong menuntut setiap pemain berdisiplin dan bekerja keras sehingga tiada sebarang kesalahan kecil.
“Tidak boleh ada kesalahan dalam latihan, coach Shin Tae-yong sangat tegas. Saya dua kali dihukum berlari, kerana ada sesuatu yang salah ketika berlatih. Sudah tentu saya berterima kasih kepada jurulatih kerana bagus untuk memperbaiki diri sendiri,” kata Osvaldo.
Indonesia dijadualkan menghadapi perlawanan persahabatan menentang Afghanistan pada 25 Mei dan kemudian menentang Oman pada 29 Mei.
Mereka kini berada di kedudukan tercorot dalam kumpulan G tanpa sebarang mata dan tekad mencuri sekurang-kurangnya satu mata ketika menentang Thailand, Vietnam dan UAE.
Baca artikel lain mengenai perkembangan pasukan dalam kumpulan G kelayakan Piala Dunia 2022.
FA Thailand Sahkan Theerathon Bunmathan Tidak Akan Sertai Baki Kempen Pusingan Kelayakan Di Dubai
Kem Vietnam Resah, Seorang Lagi Pemain Cedera Patah Tulang Kaki
UAE Umum 35 Pemain Sertai Kem Latihan Pusat, Omar Abdulrahman Tiada Dalam Senarai